satu pandangan..

Posted by Firdee in Ape² Aje
03 23rd, 2007

Assalammualaikum..

Mesti ramai yang tengok diari hari-4 kan? well saya nak komen sikit masa kelas Bahasa Inggeris. Mereka telah diminta
untuk menggambarkan ayah-ayah mereka. salah seorang yang difokus adalah heliza. bukan bermaksud merendahkan dia,
tapi heliza perlu lebih banyak belajar. ini untuk kebaikan dia juga. saya pasti dia akan tekun belajar sebab selama yang kita nampak, dia memang serius masa belajar. kalau bab mencari kesalahan orang memang senang dan benda ni cepat tersebar di salah satu forum yang agak terkenal. heliza ala-ala dikutuk disebabkan ayat-ayat yang diucapkan berterabur dan salah. saya memandang benda ini sebagai normal semasa proses pembelajaran. jangan dinilai dirinya sebab dia seorang mahasiswa, maka heliza perlu cemerlang Bahasa Inggeris. ada masanya kita akan melakukan kesilapan walaupun benda tersebut kita tahu salah. tapi silap kita sebab lumrahnya kita cepat menilai yang dia lemah bahasa inggeris. lemah memang lemah, tapi kelemahan boleh dibaiki. kadang-kadang orang cerdik pandai melakukan kesalahan bahasa apatah lagi orang-orang biasa. saya ingin memetik salah seorang forumer bahawa mahasiswa lain mempunyai tahap penguasaan bahasa inggeris lebih dari yang heliza kuasai. itu silap. masing-masing punya tahap tersendiri dan kita harus hormati tahap penguasaan sesorang itu dalam apa jua perkara. jadi saya harap anda semua doakan heliza supaya dapat lebih membaiki kelemahan penguasaannya dalam bahasa inggeris dan terus belajar. anda semua juga, sama-sama kita baiki kelemahan diri. Insyaallah..

bereh~
AFUNDI HELIZA!

-033589@HAZWAN-



an intro…

Posted by Firdee in Admin
03 21st, 2007

Lagu yang anda semua sedang dengar adalah sedutan rakaman dari afxtra..masa ni heliza sedang berlatih ‘aku bukan untumu’ dan kami minta maaf sebab rakamannya sekerat..yela dah namanya sedutan kan?so untuk nyayian penuh dia..kite tunggu konsert nanti!

our credit goes to: (sumber: Pengkid-Forum cari)



Blog Pelajar

Posted by Firdee in Admin
03 21st, 2007

Satu ruangan baru “Blog Pelajar” dah diwujudkan kat web AF tahun ni. Klik je kat Catatan Heliza kat side bar tu untuk membaca coretan heliza ketika di akademi.



More info about Her…

Posted by Firdee in Info
03 21st, 2007

Assalammualaikum…

Haritu kami ada beritahu yang kami ada berjumpa dengan family heliza..
masa bersembang dengan ayah heliza haritu, die ade bagi few more information pasal anak dia yang comel itu..biar saya letakkan dalam point form supaya senang dibaca:

Read the rest of this entry »



Diari 200307

Posted by Firdee in Laporan
03 20th, 2007

Diari hari ni tak banyak sangat kita dapat tgk si Heliza. Satu part tu menayangkan ketika Heliza tekun mendengar & bertanya mengenai tips persembahan yg baik daripada pengetua si ‘Abg’ Roslan. Dari situ nampak kesungguhannya utk membuat yang terbaik malam Sabtu ni. Aktiviti lain seperti sesi bersama Chad, kelas Cikgu Shafi, Kelas BI dan kelas Cikgu Adnan.

Afiq nampaknya tangan dia terkehel sket masa wat latihan tarian sampai takleh nak menegakkan badannya. Dibawa ke klinik tapi dokter tu ckp kena bawak ke sepital. Kat sepital dia ditidurkan supaya tak rasa sakit time dokter betulkan balik tulang dia yang terkehel tu. Dia dimasukkan ke wad dan akan dok situ sampai le diberitahu kelak.



Trek Selebriti - Heliza

Posted by Firdee in video
03 20th, 2007

Tugasan Minggu ke 2

Posted by Firdee in Ape² Aje
03 20th, 2007

Nampaknya minggu ni Heliza dapat lagu Rossa. Tgk kat diari mcm tadi seronok je dia dapat lagu tu. Siap nyanyi lagi. Ahaks . Harapan kita semoga Heliza dapat membuat persembahan yg memukau lagi. Heliza dah pon mendapat tugasannya dan kita pula jom buat tugasan kita untuk AFUNDI HELIZA. Come on guyz. Aktifkan jari jemari anda!!!



« Older Entries Newer Entries »