Archive for the 'Laporan' Category

Diari 200307

Author: Firdee
03 20th, 2007

Diari hari ni tak banyak sangat kita dapat tgk si Heliza. Satu part tu menayangkan ketika Heliza tekun mendengar & bertanya mengenai tips persembahan yg baik daripada pengetua si ‘Abg’ Roslan. Dari situ nampak kesungguhannya utk membuat yang terbaik malam Sabtu ni. Aktiviti lain seperti sesi bersama Chad, kelas Cikgu Shafi, Kelas BI dan kelas Cikgu Adnan.

Afiq nampaknya tangan dia terkehel sket masa wat latihan tarian sampai takleh nak menegakkan badannya. Dibawa ke klinik tapi dokter tu ckp kena bawak ke sepital. Kat sepital dia ditidurkan supaya tak rasa sakit time dokter betulkan balik tulang dia yang terkehel tu. Dia dimasukkan ke wad dan akan dok situ sampai le diberitahu kelak.



03 18th, 2007

Assalammualaikum…salam sejahtera..

Bereh~~~

sekarang kita semua sedia maklum trademark heliza adalah ‘bereh’
bereh ni kalau dalam bahasa biasa mengikut pemahaman kami..’baik’, ‘beres’
dan yang seangkatannye..

malam kelmarin kami berkesempatan menonton konsert secara live di dewan sivik MBPJ
tambah teruja bila kami melawat forum astro, peserta yang paling dinantikan persembahannya
adalah heliza..lagi kami semangat…

kalau dilihat pada malam tersebut..antara pelajar favourite adalah aizat, dafi dan juga 2 atau 3 orang lagi termasuk heliza..memang gempak…kami takkan mengulas keseluruhan konsert
malam kelmarin..yela..kami ni sekadar penonton..tak layak untuk memberi komen..

tapi, mungkin sekadar dapat memberi komen secara umum, persembahan-persembahan yang menyerlah kelmarin milik aizat, dafi, farha, dan heliza..

heliza ternyata tak mengecewakan kami..dan tak sia-sia bawak banner yang disumbangkan oleh
brader amir..kalau anda perasan banner berwarna pink semalam…

mula-mula dia tak perasan banner tersebut, tapi bila dia dah perasan..lebar senyuman dia.
kami harap itu dapat bagi perangsang padanya..

oh ya..masa break berita astro tu, kami approach family dia, bapanya en.helmi banyak
melayan kami dan dia memang peramah..ibunya pulak agak pendiam..takpe sedikit masa nanti
insyaallah akan mesra..

banyak juga yang kami sembangkan malam kelmarin..hampir setengah jam rasa-rasanya..insyaallah sikit masa lagi kami akan masukkan info-info tambahan yag diberitahu oleh bapanya..dan review-review yang kami terlepas akan dimasukkan kemudian..

teruskan mengundi heliza!
AFUNDI HELIZA!! BEREH~~

-033589@HAZWAN-