Archive for the 'Khidmat Sosial' Category

Sharlinie???

Author: hazwan
01 13th, 2008

Assalammualaikum…sekarang usaha mencari adik kita ni sedang giat dijalankan..walaupun kita tak dapat membantu secara fizikal..sekurang-kurangnya kita membantu dalam publisiti dalam usaha mencari aik sharlinie..kalau ada sebarang maklumat..kita laporkan..sama-samalah kita membantu..

poster_cari_sharlinie2.jpg



Belasungkawa…

Author: hazwan
09 20th, 2007

nurin_jazlin.jpg
Nurul Jazlin..al-Fatihah untuk Allahyarhamah…

Mayat Budak Perempuan Sah Nurul Jazlin

POLIS hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu. Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Sementara itu di Kuala Lumpur, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya. “Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang.

Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya. Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya.Saya reda dengan kehendak Ilahi.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.



meh bagi pendapat!!

Author: hazwan
07 6th, 2007

Masalah aku ialah ada satu mamat jambu bos perangai cam komunis dah beberapa kali dok dengki ngan aku termasuk sekali minggu lepas. tp tadi aku terjumpe satu rahsia yang bleh menjahanamkan mase depannya. so perlu ke aku turutkan hati yg busuk nih

salam semua!! since heliza tak berkesempatan nak update diari dia…saya ingat nak adakan sedikit perbincangan sebagai selingan…kita kongsi-kongsi sikit pendapat ye?

seperti yang saya quote di atas…masalah ini dihadapi oleh salah seorang rakan kita di sini..maaf ek orang tersebut..bukan niat nak apa-apa..sekadar nak berdiskusi..mana tau kot-kot diskusi kita boleh dimanfaatkan…insyaALLAH..

baik…apa kata anda semua??
________________________________

oh btw..baru dapat mesej dari ija kat ruangan komen..ini katanya..

salam..hye cumer..nantuknyerrr..siang nt nk gie ganuu dah..ija pefom hari sabtu kt pntai bt buwuk kul 2ptg..nantuk… p.s/:apehelians…mtk fenster wk..leh?tq..hee

_____________________________

hazwan: sape nak HADIAH dari ija???



Pernah Ternampak???

Author: Firdee
04 10th, 2007

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua…

Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak ni dah beberapa hari hilang dan masih belum ditemui.. So diharap kita semua dapat sama-sama menbantu keluarganya mencari kanak-kanak tersebut.