
Klik Terkini
Jom Borak
Laman Berkaitan
- Heliza Bereh
- Heliza's Wikipedia
- Heliza's Friendster
- Heliza's Smart G
- Joe Klubbkidd
- Budiey
- Firdee
- Blog Mata
- Warna Diri
Rakan-rakan AF
- Afiq
- Aizat
- Aswad
- Candy's Blog
- Candy FC
- Dafi FC
- Dekna
- Ebi
- Farha
- Mila
- Noni
- Rizal
- Shawal
- Ika AF6
- Nadia AF6

Archive for the 'Keratan Akhbar' Category
Laporan Gath @ Mingguan Malaysia
Author: ServAdmin2
Heliza @ Akhbar
Author: Firdee
MINGGUAN MALAYSIA 100607
Heliza tak akan cukur kening
Bintang AF5 – Heliza yang cun-melecun dengan imej gadis bertudung mengaku kepada Niezam dia berjanji dan akan pegang dua prinsip selepas menjadi artis.
Yang pertama sekali dia tak mahu cukur bulu keningnya. Keduanya pula tak akan bersalaman dengan lelaki. Niezam tanya, adakah sesiapa yang nak cukur bulu keningnya selepas keluar AF?
Kata Heliza, semasa sesi fotografi, ramai juga jurumekap yang berhasrat nak cantas bulu keningnya agar kelihatan lebih cantik tetapi Heliza menolak dengan cara baik.
‘‘Saya tak mahu nanti orang kata, lupa diri sebaik saja jadi artis. Yang boleh dielak tu, saya elaklah. Saya harap apabila saya tolak permintaan itu, semua pihak akan faham,’’ kata Heliza.
Mengenai bersalaman dengan lelaki pula katanya, dia memegang prinsip tidak akan menghulur tangan kepada kaum lelaki.
Sebaliknya kalau ada yang menghulurkan tangan mereka dahulu, Heliza tak akan menolak sebaliknya akan menyambut salam tersebut untuk tidak memalukan mereka.
Tak apalah, itu pendirian Heliza. Lagipun bulu kening Heliza sememangnya sudah cantik. Tak perlu nak cantas-cantas lagi. Yang pentingnya apabila sudah mempunyai azam seperti itu jangan dilanggar pula. Nanti orang kata tak teguh pendirian.
Mengenai percutiannya ke Bali, kata Heliza, dia nak bawa keluarganya melancong ke pulau itu nanti tetapi buat masa ini tiket percutian masih belum diterima lagi.
Buat masa ini Heliza tak dapat bayangkan suasana di Bali itu tetapi hanya mendengarnya daripada mulut orang.
NIEZAM: Ada wartawan cantik manis sudah jatuh cinta dengan pemandu kereta sewa di Bali. Siapa agaknya ya?
BERITA MINGGU (last week)
Heliza AF5 pencetus fesyen gadis bertudung
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
SESUDAH Nur Salima, lahir pula sebutir lagi permata berimej tudung daripada Akademi Fantasia (AF). Memiliki sepasang mata yang cantik, Heliza Helmi, 21, tentunya tidak terlepas jadi buruan ramai selepas tamat pengajian AF5.
Setiap kalimelangkah ke pentas konsert AF5, pastinya mata tertumpu kepada fesyen serta gaya tudung Heliza. Kadang kala dia bertudung ringkas, ada kala tudungnya jenis lilitan. Pernah juga Heliza tampil seperti gadis Afrika dan paling lucu, apabila anak kelahiran Kuala Terengganu itu muncul dengan busana ala Cicak-Woman pada konsert final.
Jelas apa saja yang digayakan Heliza dalam AF5 tampak cantik dan elegan namun itu semua adalah hasil kraetiviti perunding fesyen AF5, Jasni. Seperti pelajar lain, tugasan Heliza hanya menggayakan apa yang disediakan kepadanya.
Heliza akui, dia sebenarnya seorang yang ringkas dalam berpakaian, berbeza rakan-rakan AF5 yang lain yang lebih pandai bergaya.
“Memang dalam AF5 saya kena selalu bergaya lebih, tapi ia adalah hasil kerja perunding fesyen. Saya sebenarnya bukanlah gadis yang pandai sangat bergaya. Hingga kini, saya masih lagi bertudung `bawal’ ke mana saja saya pergi. Ia disebabkan saya belum menemui fesyen bertudung yang sesuai. Tak mungkin saya meniru gaya Waheeda atau Bienda.
“Saya mahu identiti tersendiri dan saya masih lagi cari. Buat masa sekarang, biarlah saya kekalkan apa yang ada sehingga saya bertemu dengan fesyen yang selesa,” katanya.
Seperti remaja lain, siswi tahun dua dalam bidang pendidikan biologi/kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akui dia lebih selesa mengenakan jeans dan kemeja-T apabila keluar rumah.
Bagaimanapun katanya, dia kini perlu menjaga penampilan dan imej selepas AF5 selesai.
“Banyak perkara baru yang perlu saya belajar selepas keluar AF. Kalau dulu, saya boleh bergaya ringkas tanpa solekan atau cuma pakai selipar apabila keluar rumah, sekarang susah sedikit kerana seganlah kalau orang pandang saya selekeh,” katanya yang suka warna hitam.
Heliza akui dia dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau, Sabah sejak berusia 13 tahun kerana ayahnya bertugas di Balai Polis Bergusong, Sebatik.
“Ibu saya, Latifah Mohamad, 46, berasal dari Kuala Terengganu, manakala ayah, Helmi Hasdi, 57, anak kelahiran Perak. Bagaimanapun, ayah sudah lama bertugas di Tawau, jadi hanya sesekali kami sekeluarga berpeluang bertandang ke Semenanjung.
“Selepas keluar AF, saya belum sempat balik ke kampung. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya kepada keluarga dan kampung halaman. Sekarang kami masih sibuk mengikut pelbagai agenda dan aktiviti yang diatur pihak Maestro Talent. Mungkin saya pulang ke kampung dalam sedikit masa lagi,” kata anak kedua daripada empat adik beradik itu.
Heliza @ Akhbar 080607
Author: Firdee
HARIAN METRO
Memang berbaloi
Oleh Rudy Imran ShamsudinTabah hadapi tohmah: Heliza sedih dituduh hipokrit kerana pakai tudung dan bersalaman dengan lelakiTINDAKAN Nur Heliza Helmi, 21, (Heliza) meninggalkan pengajian buat sementara semata-mata mahu menyertai Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5), mungkin dilihat segelintir pihak sebagai langkah tidak bijak.
Apakan tidak, Heliza sepatutnya meneruskan pengajian di tahun dua dalam jurusan Pendidikan Biologi di Universiti Malaysia Sabah, malangnya terpaksa ditangguhkan bagi mengejar cita-cita di bidang seni.
Ketika ditemui, Haliza tidak menafikan dia berhadapan dengan tekanan sebelum membuat keputusan menangguhkan pengajian. Ini kerana tawaran menyertai AF5 pada detik dia berhadapan dengan peperiksaan akhir semester.
“Saya agak bingung juga ketika itu. Namun, selepas diterangkan sebab mengapa saya mahu menyertai AF5, kedua ibu bapa saya mahupun pensyarah di universiti mulai faham. Sejak dulu mereka sedar minat saya suka menyanyi. Ibu dan ayah mula mengesan minat saya di bidang nyanyian sejak usia saya lima tahun.
“Pihak universiti pula mengesan bakat saya berikutan pembabitan saya dengan pelbagai program hiburan. Agak mengejutkan saya apabila sebahagian pensyarah memberi perangsang supaya saya meneruskan usaha itu,” katanya.
Menurut Heliza, kalangan pensyarahnya berpendapat dengan menyertai AF5 sekurang-kurangnya dia berpeluang belajar sesuatu yang baru berbeza dengan pengajian di bilik kuliah. Pada dasarnya motif Heliza menyertai AF5 hanya satu iaitu mahu menimba ilmu berkaitan bidang seni ketika usia muda dan mempunyai peluang.
“Jika tawaran menyertai pertandingan nyanyian biasa mungkin saya menolak. Berbeza AF, selain mencungkil bakat muda, ia turut memberikan bimbingan kepada peserta. Sesi latihan sepanjang tiga bulan bagi saya satu pengorbanan berbaloi. Ini jelas, banyak ilmu seni seperti persembahan dan vokal dapat saya timba,” katanya.
Sekalipun sudah berada di kancah selebriti, Heliza tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk menghadiahkan segulung ijazah kepada ibu bapa yang banyak berkorban sebelum ini.
Kata Heliza, selepas setahun bernaung di bawah syarikat pengurusan Maestro Talent and Management, dia merancang kembali menyambung pengajian. Seterusnya barulah dia akan memikirkan sama ada mahu menjadi penyanyi atau guru.
Menyorot pembabitannya dalam AF5, Heliza tidak menafikan ada beberapa isu dibangkitkan terutama membabitkan imejnya yang bertudung menimbulkan rasa kurang senang kepadanya mahupun keluarga.
Bukan itu saja, menerusi rancangan bual bicara Chat@15 ada peminat fanatik mewakili peserta AF yang lain turut menjadikan laman itu medan mengutuk dirinya dengan menuduh Heliza hipokrit.
“Saya mengikuti rancangan itu sejak diterbitkan. Sedikit sebanyak cemuhan dan kritikan tidak berasas itu saya dapat terima walaupun dalam waktu sama tidak dinafikan ia menguris perasaan saya.
“Sebaliknya, saya sedar itulah harga yang harus saya terima. Cuma apa yang saya bimbangkan apabila isu saya bertudung dan bersalaman dengan lelaki ditimbulkan, ia kelak memberikan implikasi buruk.
“Terus-terang saya katakan, saya memakai tudung sejak masuk matrikulasi di universiti dan bukan sejak kecil. Sukar untuk saya komen mengenai perkara ini mahupun isu bersalaman dengan lelaki kerana ia terlalu sensitif.
“Jalan terbaik, biarlah saya tidak memberikan sebarang komen. Bukan tidak rasional, cuma jika tersalah tafsir, ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Heliza menjelaskan selama ini dia bukan sombong dan berpura-pura seperti dakwaan peminat setia rancangan realiti TV itu. Sebaliknya sikapnya agak pendiam sudah disalah tafsir.
“Saya sedar sikap semula jadi saya itu dan sekarang ini pun saya sedang belajar mengatasinya. Saya bukan sombong, sebaliknya seorang pendiam, apatah lagi kalau bertemu orang tidak pernah saya kenali.
“Kalau jumpa orang yang saya kenal, saya bercakap sampai payah nak berhenti. Saya berharap peminat tidak bersikap ‘menilai buku berdasarkan kulitnya’ terhadap saya,” katanya.
BERITA HARIAN
Cabar diri
Oleh Zul Husni Abdul HamidHeliza tetap berhasrat tamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah
LIRIKAN matanya yang tersenyum memancarkan cahaya ketulusan. Seraut wajah manis milik Nur Heliza Helmi (gambar) ini mampu mencairkan hati lelaki. Heliza - namanya kini meniti di bibir lewat kemunculan selama 10 minggu menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelima.
Sepuluh minggu yang menghadiahkan tempat keempat dalam pencarian juara baru program realiti popular itu adalah antara detik gemilang sepanjang usianya selama 21 tahun.
Daripada gadis biasa yang menyandang gelaran pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini percikan sinar glamor mula menyimbah perjalanannya. Bagaimana warna baru kehidupannya, Heliza sendiri tertanya-tanya corak yang bakal diukir.
Namun sesuatu yang pasti, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu tetapi membesar di Tawau, Sabah ini ingin menyelami dunia baru yang sebelum ini hanya dikenali menerusi paparan media.
Bekalan tiga bulan di akademi, disokong tenaga pengajar profesional yang serius membentuk dirinya serta 14 rakan yang lain, Heliza menanam angan untuk bergelar anak seni. Bukan limpahan glamor yang dinilai daripada pandangan mata kasar, sebaliknya dia ingin dikenali kerana bakat dan kewibawaannya.
Lantaran itu, Heliza tidak teragak-agak untuk menunda pengajiannya dalam bidang Pendidikan Biologi/Kimia di UMS selama setahun demi ingin membina tapak di pentas seni. Mengapa begitu berani Heliza memperjudikan masa depannya?
“Saya ingin menikmati dulu perjalanan hidup yang bermula ini. Sejujurnya saya sendiri sukar untuk meramal apa yang akan berlaku, tetapi saya mencabar diri untuk terlebih dulu mencuba,” katanya pada satu sesi pertemuan dengan Hip, baru-baru ini.
Mungkin dulu dia keliru untuk memilih, antara pelajaran dan kecintaan terhadap nyanyian yang sudah menghuni sudut hati namun dia akur keputusan tegas perlu dilakukan.
Sedapat mungkin dia ingin cuba mengimbangi antara dua bidang itu. Heliza akhirnya akur peluang dalam bidang seni mungkin hanya datang sekali dalam hidupnya. Lalu peluang itu direbut dan tekannya pada pertemuan itu, dia serius mahu mendalami bidang seni.
“Nyanyian juga satu cabang ilmu dan saya memilih untuk memahami selok belok kehidupan sebagai anak seni dulu. Tetapi saya tidak akan sesekali melupakan akademik. Apapun terjadi saya akan selesaikan juga pengajian di UMS,” katanya.
Akuinya, percubaan menghadiri sesi uji bakat AF5 dulu sekadar untuk mencuba nasib. Tidak pernah terlintas di fikirannya akan tersenarai dalam Top 16. Heliza ke sana kerana cintakan ilmu. Kecintaan itu juga menuntut Heliza melakukan pengorbanan besar. Ketika teman sekelasnya bertungkus lumus membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan akhir semester, Heliza yang juga penuntut tahun kedua memilih untuk tidak menduduki peperiksaan itu.
“Sebaliknya saya berkemas untuk ke Kuala Lumpur menyertai AF5. Saya tidak kesal dengan keputusan ini. Memang jika difikirkan rugi kerana saya terpaksa mengulang semula apa yang sudah dipelajari semester itu.
“Tetapi saya menyertai AF5 juga untuk ilmu. Saya tidak rugi apa-apa. Sebaliknya saya menimba pengetahuan baru yang tidak semua orang berpeluang mendapat tawaran berharga itu,” katanya.
Jangan menilai luaran
MELIHAT dari luaran, pasti ada yang menyangka gadis bertudung ini sukar untuk didekati. Awal pertemuan ini juga, dia yang datang ditemani empat finalis lain lebih banyak berdiam diri. Dia seperti berada dalam dunianya sendiri. Namun, itu tidak bermakna dia sombong atau meninggi diri. Katanya, dia pemalu tetapi apabila sudah selesa, Heliza bebas untuk berkongsi apa saja cerita.
Tanpa berselindung dia memberitahu, memang itu karektor dirinya.
“Tetapi jangan terlalu cepat menilai. Kenali saya dulu pasti anda akan mengenali warna sebenar Heliza,” katanya, menyusun perkataan penuh berhati-hati.
Tidak menolak perjalanan seni terutama bagi gadis bertudung sepertinya memberikan cabaran yang cukup besar, Heliza berkata, dia sentiasa mengingatkan dirinya akan batasan dalam dunia yang terbuka ini.
Baginya, ujian akan sentiasa menanti namun dia berdoa kepada Tuhan supaya diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Paling membimbangkannya, kesilapan kecil yang akan diperbesarkan hanya kerana dia bertudung,” katanya.
Mingguan Malaysia 3/6/07
Author: Firdee
Penjelasan Heliza mengenai anak doktor
Oleh: NIEZAM ABDULLAH
PERTAMA kali muncul dalam konsert mingguan Akademi Fantasia (AF) kira-kira tiga bulan lalu, ramai yang memuji penampilan Heliza.
Dia kelihatan cantik dan manis. Imej bertudung yang dibawanya itu mengalahkan selebriti bertudung lain.
Dia lincah di atas pentas sehingga kadangkala ada yang beranggapan imej yang dibawanya itu seperti ‘tidak kena tempat’.
Situasi itu menyebabkan gadis berusia 21 tahun ini dianggap ‘plastik’ atau dalam erti kata lain hipokrit.
Ini kerana dia dikatakan pandai ‘berpura-pura’ di hadapan kamera sebaliknya watak sebenarnya Heliza tidak seperti itu.
‘‘Watak saya memang berubah-rubah. Kadangkala kali pertama bertemu seseorang, saya boleh berkawan baik. Ada ketikanya kenal lama pun belum tentu boleh baik,’’ katanya.
Tidak dinafikan ada orang yang jenis seperti itu. Mengambil masa berbulan-bulan untuk berkawan rapat dengan seseorang dan ada kalanya dalam masa beberapa minit hubungan boleh menjadi intim.
Menolak sifatnya sebagai gadis yang hipokrit jelas Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi, dia juga terkejut bagaimana cerita itu boleh timbul sebelum dia keluar dari AF lagi.
Menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu ini sudah bersedia memikul segala pahit maung ‘dunia baru’ yang bakal ditempuhnya itu.
Mengakui keadaan hidupnya sudah berubah selepas keluar daripada AF, Heliza kadangkala dihantui perasaan takut menempuh dunia hiburan yang dianggap penuh dengan cabaran.
Bagaimanapun atas nasihat tenaga pengajar semasa di dalam akademi dahulu, maka Heliza menjadikan ia sebagai panduan untuk berada dalam keadaan selesa dalam dunia yang dipilihnya itu.
‘‘Saya memang gentar dan terus terang takut untuk berhadapan dengan pengalaman baru ini. Tetapi ia adalah pilihan saya dan saya perlu meneruskannya juga,’’ terang Heliza.
Bercerita pengalaman pertamanya berhadapan dengan khalayak selepas tamat program realiti itu jelas Heliza, dia dengan keluarganya berjalan-jalan di pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Ketika itu Heliza terkejut kenapa orang semua memandangnya. Dan akhirnya barulah dia mengetahui rupanya dia sudah menjadi ‘public figure’.
‘‘Mulanya saya tidak menganggap apa-apa tetapi apabila terlalu ramai yang memandang dan memanggil nama saya Heliza, baru saya perasan yang saya perlulah menjaga tatatertib apabila berada di khalayak,’’ katanya.
Bercerita mengenai teman hidup, secara jujur gadis yang sedang menuntut dalam pengajian sains di Universiti Malaysia Sarawak ini memberitahu, masih tidak mempunyai kekasih hati walaupun dikaitkan bercinta dengan rakan AF iaitu Ebi.
Bagaimanapun dia tidak menafikan berkawan dengan seorang pelajar perubatan yang kini menuntut di Rusia.
Mereka mula mengenali ketika sama-sama mengikuti program matrikulasi di Labuan tetapi hubungan itu tidaklah serius seperti pasangan kekasih.
‘‘Memang jejaka itu kawan saya. Dia juga anak kepada seorang doktor di Tawau. Kami agak rapat tetapi sebagai sahabat. Tidak lebih daripada itu.
‘‘Selepas meneruskan pelajaran di universiti masing-masing, hubungan kami terus putus apatah lagi dia sekarang ini berada di Rusia,’’ katanya.
Heliza juga menolak dia cuba merahsiakan kisah hubungan itu sebagaimana yang diluahkan oleh penonton menerusi saluran @15 Astro.
Sebaliknya jelas gadis itu dia masih belum bersedia untuk memikirkan soal kekasih hati kerana ingin memberi tumpuan terlebih dahulu dalam pelajaran yang sudah dua semeter tertangguh.
‘‘Insya-Allah pada bulan Disember nanti saya akan menyambung pengajian saya semula kerana pada masa ini saya mahu beri tumpuan dalam bidang seni terlebih dahulu.
‘‘Pada saya pelajaran itu lebih penting dan saya sudah berjanji kepada keluarga untuk tidak mengabaikannya,’’ terang Heliza.
Sepintas lalu
Nama penuh: Nur Heliza Helmi
Nama panggilan: Heliza
Tarikh lahir: 3 Februari 1986
Tempat lahir: Kuala Terengganu
Tinggi: 155 sentimeter
Berat: 42 kilogram
Pendidikan: Penuntut Universiti Malaysia Sarawak
Hobi: Menyanyi
Bilangan dalam keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Minuman kesukaan: Milo ais, sirap Bandung dan cincau
Penyanyi kesukaan: Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar
Pelakon kesukaan: Rosyam Nor
Filem pujaan: Bujang Lapok
E-mel: lizardcun@yahoo.com
Alamat: Maestro Talent And Management Sdn. Bhd. 71-3, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit damansara, 50490, Kuala Lumpur.
Metro Ahad 290407
Author: Firdee
Cerita Artis Kita: Heliza calon Saliha?
DALAM kecoh-kecoh M Nasir mencari Saliha untuk Mawi, timbul pula beberapa hipotesis dan andaian daripada beberapa pihak mengenai pencarian dan siapa yang bagus untuk digandingkan dengan juara Akademi Fantasia 3 itu di dalam filem Aduh Saliha.
Tambah bising apabila M Nasir dan pihak produksinya masih gagal menunjukkan siapa pelakon wanita yang bakal menjadi Saliha ketika satu sidang media baru-baru ini.
Maka ramai cuba membangkitkan idea, mengutuk kononnya mereka sekadar membuat gimik dan sebagainya.
Nama seperti Sharifah Amani, Waheeda, Haryati Hamzah (pengacara Smart G) dan Yasmin Md Isa (yang turut sama dalam sidang media Aduh Saliha) antara yang pernah dikaitkan sebagai calon Saliha. Tidak kurang juga yang terbaru, kononnya Saliha yang dicari sudah ditemui tetapi masih terikat.
Terikat? Bukan kena ikat dengan tali, tetapi masih belajar. Ada khabar angin nakal mengatakan pihak produksi Saliha menanti pelajar AF5, Heliza Helmi keluar dari akademi itu untuk disunting menjadi pasangan Mawi di layar perak. Maklumlah, Heliza cantik orangnya. Lepas ini, sah-sah jadi orang popular.
Bagaimanapun, CAK sedikit khuatir sejauh mana kebenaran angin yang bertiup itu. Apapun, kita tunggu sajalah idea kreatif M Nasir.
Keratan Akhbar -080407-
Author: Firdee
metro ahad:
Jarum Emas: Belum jadi artis, dah ada Fan Club
BUKAN satu dua, tetapi berpuluh Kelab Peminat ditubuhkan. Jika artis lama seperti Rosyam Nor mempunyai Kelab Peminat atau glamor disebut Fan Club, itu tidak menjadi hal.
Setidaknya dengan bersinarnya kelab itu, artis berkenaan boleh lebih mesra dengan peminat. Artis sendiri tidak dapat menidakkan betapa pentingnya peminat pada mereka.
Namun bagaimana pula jika belum menjadi artis? Dalam erti kata album pun ‘tarak’, nak berlakon filem pun masih terkial-kial cari peluang, dah berani tubuh Fan Club?
Semalam, pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Dafi atau Ghadafi Ismail Sabri muncul dengan Fan Club. Jumaat minggu lalu, Kelab Heliza AF ditubuhkan.
Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Hilmi mewakili Terengganu tetapi mengambil kira dia bermastautin di Sabah sejak kecil, kalangan masyarakat di kawasan itu mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Heliza AF di Bangunan Umno Kalabakan.
Penubuhan Kelab Heliza menunjukkan komitmen terbaik apabila ia disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ketua Umno Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.
Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad selain ibu bapa Heliza, Hilmi Hasbi dan Latifah Muhammad.
Untuk tempatkan diri di persada seni sememangnya menuntut kita bersaing sesama sendiri. Menilai sudut positif, ia sesuatu yang baik untuk seseorang memancing publisiti.
Cuma peliknya status Heliza atau Dafi belum lagi menjadi artis, mengapa terburu-buru menubuhkan Fan Club. Perlu sedar, arena showbiz kita, khususnya nyanyian, menuntut strategi bersistematik jika mahu mencipta kejayaan gemilang, bukan setakat strategi ikut-ikutan.
Dalam keadaan pasaran album yang bukan saja lembap, bahkan semput terus hingga album mahu cecah 5,000 unit pun ‘sakit’, saya mahu melihat sejauh mana presiden kelab artis ke, peserta program realiti ke dapat memastikan artis mereka dapat muncul dengan album.
Kalau tiada album, apakah langkah terbaik untuk presiden kelab begini merangka pelan lain supaya artis dinaunginya dapat terus bersaing, sekali gus menempatkan nama di persada seni tanah air. Janganlah nanti nama kelab saja gah, tetapi artis mengigit jari saja.
ADAM: Kerbau dipegang pada tali, manusia pada janji.
Petikan Harian Metro 300307
Author: Firdee
Peminat Sabah rai Heliza AF
Oleh Hadi Karim
BUAT julung kali kalangan peminat dan penyokong pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Hilmi atau lebih dikenali Heliza dijemput menghadiri majlis pelancaran Kelab Heliza AF di Bangunan Umno Kalabakan, petang ini.
Setiausaha kelab, A Malik Mat, berkata pelancaran kelab itu akan disempurnakan Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ketua Umno Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.
Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad.
Ibu bapa Heliza, Hilmi Hasbi dan Latifah Muhammad akan meluangkan masa beramah mesra dengan peminat dan penyokong Heliza.
A Malik berkata, penubuhan kelab itu sebagai langkah awal memberi sokongan padu kepada Heliza yang kini menetap di Tawau walaupun pelajar itu mewakili Terengganu.
Heliza dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau sejak berusia 13 tahun kerana bapanya bertugas di Balai Polis Bergusong, Sebatik,“ katanya.
Katanya, Heliza mengikuti ujian bakat Akademi Fantasia di Kota Kinabalu dan tawaran sebagai calon pelajar juga diadakan di Tawau.
Pelajar yang memiliki suara mirip Datuk Siti Nurhaliza adalah bakal guru yang menangguhkan pengajian tahun kedua dalam bidang pendidikan Biologi/Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Heliza pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Ursula, Tawau memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan.
Anak kedua daripada empat beradik itu berminat dalam bidang seni suara dan pernah menjayakan pelbagai program kemasyarakatan anjuran Umno Kalabakan.
Sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi
A Malik Mat, di talian 012-8190101.



read comments (84)
