Semalam, Hari Ini, dan Akan Datang..
Posted by heliza on Tuesday Jan 13, 2009 Under Bicara HelizaAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Untuk sekian kalinya kita bersua lagi di sini, yakni di blog heliza.com.
Ingin saya terbitkan ucapan terima kasih buat kalian semua yang masih setia menjenguk di sini.
Di harapkan dengan adanya blog ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim kita sesama insan.. InsyaAllah.
Semakin hari, masa semakin cepat memecut dan kita pula, semakin mendapat pertambahan angka dalam hidup kita.. (isk isk.. makin dewasa la ya..
)
Syukur!syukur! syukur alhamdulillah..
Kita masih lagi menerima bekalan oksigen untuk proses respirasi kita ini..
Kita masih lagi boleh kuak lentang di atas katil yang empuk sambil di buai mimpi2 indah..
Kita masih lagi boleh makanan yang kaya dengan sumber protein (Cth:ikan, putih telur), karbohidrat(nasi,roti), vitamin(oren..)
Vitamin larut lemak A,D,E,K
VITAMIN A adalah penting untuk kesihatan kulit,kelenjar (glands),dan fungsi mata. Susu ibu merupakan sumber utama bagi Vitamin A disamping “karotenoid” lain yang boleh ditemui dari buah-buahan dan sayur-sayuran. kajian telah menunjukkan bahawa “karotenoid” adalah sumber sistem imunisasi yang penting. Vitamin D (Kuning telur, susu dan juga pendedahan tubuh pada cahaya matahari boleh menghasilkan vitamin D), Vitamin E (Minyak jagung atau biji kapas, mentega, beras perang, minyak kacang soya, minyak sayuran lain seperti minyak kacang dan sebagainya.) Vitamin K (Sayur-sayuran hijau, hati dan juga hasil keluaran bakteria usus)
Vitamin larut air iaitu vitamin B, C .. Vitamin B -berperanan penting dalam membantu enzim untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein, dan dalam pembuatan DNA dan sel-sel baru. Vitamin C mempunyai banyak fungsi. Vitamin C berperan membantu spesifik enzim dalam melakukan fungsinya. Vitamin C juga bekerja sebagai antioksidan. Perusahaan kadang–kadang menambahkan vitamin C pada produk makanannya untuk menjaga kandungan bahan tertentu. Vitamin C juga penting untuk membentuk kolagen, serat, struktur protein. Kolagen dibutuhkan untuk pembentukan tulang dan gigi dan juga untuk membentuk jaringan bekas luka. Vitamin C juga meningkatkan ketahanan tubuh terhadap infeksi dan membantu tubuh menyerap zat besi. (ha.. informasi ni ye..!
)
Bukan sahaja manusia di Malaysia ini dapat merasai kenikmatannya, malah haiwan dan tumbuhan juga merasai betapa kita yang berada di Malaysia ini sangat bertuah kerana masih dapat hidup dengan aman dan sentosa..
Mana tidaknya, tumbuh-tumbuhan masih boleh menjalani proses fotosintesis sekali gus menghasilkan oksigen untuk digunakan oleh manusia dan haiwan..
Haiwan-haiwan di malaysia juga masih boleh `riang ria’ dengan rutin `mereka’.. Masih boleh berlari-lari, berkejar kejaran di habitat semulajadi `mereka’.
Syukur alhamdulillah..
Akan tetapi??? Kita telah dikejutkan peperangan di Bumi Gaza!! Perang Israel di Gaza telah menewaskan lebih dari 700 warga Palestin hampir sepertiganya adalah perempuan dan anak-anak dan lebih dari 3000 luka-luka. Kita yang menyaksikan peperangan ini di media pun sudah merasai peritnya, apatah lagi mereka yang berada di bumi Gaza.. 
Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan bumi gaza, selamatkanlah palestin..
Marilah kita sama2 memanjatkan doa agar peperangan ini berakhir..
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua yang saya sayangi..
Sebuah sajak yang saya coret suatu ketika dahulu..
Seingat saya ketika saya di tingkatan 4/5..
Mungkin ia nampak agak tidak berkaitan dengan entri pada kali ini, namun jika dilihat dari sudut lain, ia juga mempunyai maksud tersirat yang boleh kita sama-sama renungkan.. 
Titik Perjuangan
46 tahun berpijak di bumi Malaysia..
Semuanya telah tersedia indah..
Pembangunan, teknologi, sosial dan politik
Segalanya bagai berada dalam satu selaput, satu inti..
Dan inti itulah yang mengandungi semua ramuan…
Namun,
Ada kampung-kampung ketinggalan dalam arus pemodenan
Tetapi mereka yang tua tetap bersyukur, tetap gembira..
Ini tanah airku!
Mereka tahu erti kemerdekaan dan kebebasan
Mengerti bagaimana perit jerih hanya untuk mendapatkan kemerdekaan.
Tetapi,
Ada anak-anak masa kini yang tidak tahu erti kemerdekaan,
Tidak tahu menghargai susah payah bapa-bapa kemerdekaan,
Tidak tahu mensyukuri nikmat..
Nikmat yang dikurniakan kepada mereka…
Kerana sejak dalam perut ibu lagi
Kemewahan, kesenangan, kedamaian sedang menanti…
Mereka tidak pernah merasai bagaimana peritnya berada dalam genggaman penjajah
Dan sebab itu mereka alpa, ego, bongkak dan angkuh
Sanggup melakukan kekacauan di tanah air sendiri
Tanah tumpahnya darah..
Jika ditakdirkan bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman menjelma semula..
Berkatalah dia..
Dulu aku dan bangsaku bergadai nyawa
Mengembling tenaga
Memerdekakan Tanah Melayu
Laungan..
“Kami tidak mahu dijajah!”
“Kami tidak mahu dijejak!”
“Kami tidak mahu digertak!”
“Kami tidak mahu sejarah hitam ini berterusan!

lame x cite2 ngan anda semua ni..









.



