This entry was posted on Friday, April 18th, 2008 at 2:08 am and is filed under Bicara Heliza. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Klik Terkini
Jom Borak
Laman Berkaitan
- Heliza Bereh
- Heliza's Wikipedia
- Heliza's Friendster
- Heliza's Smart G
- Joe Klubbkidd
- Budiey
- Firdee
- Blog Mata
- Warna Diri
Rakan-rakan AF
- Afiq
- Aizat
- Aswad
- Candy's Blog
- Candy FC
- Dafi FC
- Dekna
- Ebi
- Farha
- Mila
- Noni
- Rizal
- Shawal
- Ika AF6
- Nadia AF6

Kau Elisha, Kau Baby, Kau Tarzan, Kau Di Hati Ku…
Selingan!!!!Untuk mama yang makin mude..ni untuk mama….
versi skema:
Mama..
ulang tahunmu tiba sekali lagi..
bertambah lagi usiamu…
namun usia hanyalah angka..
sedikit atau banyak..
bukanlah pengukur setia..
kasih sayangmu..
nasihatmu..
jagaanmu..
terhadap kami semua itu melangkaui usiamu..
mama permaisuri hati abah..
mama permata kami adik-beradik..
tanpa mama siapalah kami?
kami sayangkan mama..
tapi masakan ia memadai..
sepertimana mama menyayangi kami?
tiada lafaz yang mampu kami untaikan..
biarlah ia menjadi bicara hati..
kekal tersemat sampai bila-bila..
kerana kita tahu..
kita saling menyayangi..versi ija:
Oh mama!! celamat harijadi yer..
Moga mude remaja campai bebile..
Walaupun angka bertambah lagi satu biji..
tapi ia tak menjadi penghalang untuk menjadi jiwa mude..
mama tomei2 sokmo la yeh..
Bersyukur cecangat jadi anak mama n abah..
hee..
Janji bereeh.!!
Mama!! isnin ni final xm! help help!!
Umur mama???
biarlah rahsia.. muda lagi.. baru 19 kan..
heee…SELAMAT ULANG TAHUN MAMA
!
===================================================
KHAS UNTUK ‘TARZAN’!
9 APRIL 2008
Memandangkan Hari Rabu tiada kelas, ni lah masanya nak bangun lewat skit..besa lah.. tidur dalam kul 7 pagi. Pastu Ija terjaga dengan satu panggilan ..
“Hello.. Heliza.. Saya nak ajak kamu pergi suatu tempat untuk memenuhi salah satu impian hidup seorang adik ni..”
“Bila?”
“27hb April dekat Simpang Mengayau Kudat.. Saya nak bawa beberapa org dari UMS.. sebagai mewakili UMS”
“Ha.. alamak.. 28hb kul 8 pagi saya ada final xm.. kebetulan 26hb saya memang ada hal yang memang tak leh dielakkan..cam ne ye.. perjalanan ke kudat pergi balik makan masa sehari juga tu.. “
“Budak tu ‘hanya tunggu masa sahaja’.. Jadi kami nak sama2 celebrate birthday dia.. dan berharap sangat kamu dapat hadir”
“Dia sakit apa ?”
“Kanser otak..”
Ija bagaikan nak tercabut jantung dengar.. sayuuuuuuuu.. sangat.!! Tapi ija betul2 tersekat.. 26hb ija memang ada hal tak dapat dielakkan.. 27hb birthday party.. 28hb kul 8 pagi dah xm.. kudat n kk agak jauh dan guna jalan darat.. Ija pernah pergi ke Simpang mengayau ni..dan menghadapi satu perkara yang tak terduga.. bas kami rosak di tengah jalan.. yang takde satu pun rumah atau kedai.. dan takde toilet.. Di pendekkan cerita.. kami sampai UMS.. subuh..
Dan apa yang terlintas di fikiran ija ketika itu……
Kita tak tahu bila nyawa kita hilang dari jasad kita..
Kita hanya merancang.. tuhan tentukan..
Mana tahu.. belum sempat anak kecil ini menyambut harijadinya..
Allah lebih menyayanginya dan dia pergi dahulu sebelum impiannya tercapai…
Ija terus bersuara..
“Macam ni la.. saya tidak tahu apa akan jadi kelak.. Saya tidak tahu sama ada saya boleh menghadirkan diri di sana.. dan kita juga tidak tahu berapa lama lagi hayatnya..Apa yang boleh kita buat dalam masa terdekat ni, apa kata kita melawat dia .. kita berjumpa dengan dia.. Kalau kita tangguhkan perkara ni, saya takut kita akan menyesal.. Sekurang2nya.. kalau kita dapat berjumpa dia sekarang.. dan sekiranya nanti tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan anak kecil itu.. Kita tidaklah menyesal..”
Perbualan kami mendapat kata sepakat..
Malamnya.. Ija mendapat panggilan.. bercadang untuk melawat anak kecil yang baru berusia 10tahun itu pada esok hari.. pukul 10 pagi.. Ija pun bersetuju..
10 APRIL 2008
Kebetulan.. sekarang ni memang jadual ija agak padat dengan sekolah, assignment dan juga nak final xm.. plus untuk show seketaris yang akan berlangsung hari sabtu ni..Jadi.. ija kena bereehkan apa yang belum bereeh.. Ija stayup buat kerja sampai pukul 530 pagi.. dan bangun semula pukul 7 pagi.. Ada lagi perkara yang belum bereeh .. berkenaan dengan kemaskini maklumat peribadi secara online.. Pasword ija ada masalah..dan menyebabkan ija tak dapat mengisi borang2 yang sangat penting tu.. kalau borang tu tak diisi.. maka tak dapat la result xm ija nanti.. After dah isi borang.. jam pun dah dekat menunjukkan kul 10 pagi.. Ija kena hantar kawan ija dulu pergi jumpa lecturer dia.. alih2. lecturer dia tak de.. pastu.. kawan ija pun pergi sama untuk jumpa adik itu dengan menaiki kereta UMS.. bersama Kapten dan Pensyarah dan juga staf keselamatan.
Tempat tinggal dorang tidak silap dekat penampang.. dalam setengah jam perjalanan sampailah kami ke destinasi yang di tuju..
Sesampai je.. kami disambut oleh ayah adik itu.. belum sempat masuk rumah.. dah kena kejar anjing.. “Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Ija bertapok di belakang gee.. hee.. jadi gee yang dalam keadaan bahye ni..”
Pastu kami pun masuk umah.. Kapten terus meluru masuk ke bilik adik tu.. dan diikuiti oleh kami semua..
Sebelum ija cerita lebih lanjut..
Ini adalah serba sedikit tentang diri adik ..
Nama: Elisha
Jantina: Lelaki
Nama manja nya: Baby/ Tarzan
Umur: 10tahun
Fizikal :Comelllll.. sehat badannya..
Warna kulit: Putih Gebu
Makanan kegemaran : Mee/potato KFC

Baby tidak dapat melihat dunia lagi sejak umur 2 tahun.. So dia tak boleh tengok sesiapa pun.. suatu ketika dulu, tatkala cerita tarzan berada di zaman kegemilangannya, mak baby selalu bercerita tentang cerita tarzan ini kepada baby.. so, bila pasang movie tarzan, dia dah tau apa yang berlaku untk scene yang seterusnya..sebab tu dia suka tarzan..
Baby ni sangat pintar orangnya.. Walaupun menghidapi kanser otak, namun keupayaan baby mengingat dan menjangka sangat2lah mengkagum kan.. Dia juga seorang yang sangat friendly, x pernah menangis, sangat kuat semangat.. malah dia yang memberi semangat kepada org2 sekeliling supaya jangan menangis.. Orang yang suka ketawa.. Seorang yang beradap..
Menurut Kapten, dia boleh mengenal seseorang itu melalui sentuhan.. Ija pun pegang la tangan baby itu.. Dan ayat yang terpacul dibibir tomei nya..
“Kau betul2 Jane..!!” – Jane adalah watak perempuan dalam cerita tarzan.. semua perempuan dia akan panggil Jane.. maknanya dia leh detect jantina seseorang tu melalui sentuhan..
Bila gee pegang tangan baby..Ayat yang sama juga.. “Kau betul2 Jane..”
So, kami perkenalkan lah diri kami..
Kami sembang2 dengan dia.. Tak lama pastu, kami cuba menguji sama ada dia dapat cam kami atau tak..
Diam2 ija pegang tangan dia.. dan org lain bersuara dengan mengatakan.. SIAPA yang pegang tangan baby sekarang..
Baby terdiam seketika.. dia berkata..
“Kau heliza… kau betul2 jane!”
Kami semua punyaaaaa la terkejut!! Macam mana orang yang xnampak.. dan baru sekali sahaja perkenalkan nama.. dia boleh ingat sapa yang pegang tangan dia walhal.. ada lagi yang pegang tangan dia masa perkenalan awal..
Dia sungguh mengagumkan..
Menurut cerita ibunya, baby boleh detect juga, if ada orang yang agak takut nak rapat dengannya.. baby akan berkata
“Mak.. kenapa dia takut sama saya”
Selain itu, dia boleh jugak tau orang tu hitam ke.. putih ke.. cantik ke..
Hebat kan.!!
Dasyat sungguh.. yang lebih mengagumkan.. kerana baby lah.. menjadi punca kekuatan kepada abang2nya untuk skor dengan cemerlang dalam xm..
Abang pertamanya mendapat result yang cemerlang dalam spm.. dan mendapat tawaran tuk sambung pelajaran ke rusia untuk bidang kedoktoran..
Abang kedua mungkin akan mengikut jejak langkah abangnya.. menjadi seorang doktor..
Tabik spring ija pada keluarga ini.
Walaupun di uji dengan pelbagai ujian dan cabaran, mereka tetap dapat meneruskan kehidupan dengan gembira dan masih boleh berjaya dengan cemerlang.
Ibunya berkata, mereka sekeluarga sudah bersedia untuk menerima segala kemungkinan. Doktor mengatakan bila2 masa sahaja dia boleh pergi.
Baby menghidap kanser otak pada umur 2 tahun, Semasa menyambut befdaynya yang kedua tahun.. keadaannya masih normal.. tapi keesokan hari nya..(if ija x silap) dia terus jatuh sakit.. dan dihantar ke hospital.. dan waktu itu diberitahu yang baby menghidap kanser otak.. tidak lama kemudian.. penglihatannya makin kabur.. dan akhirnya buta.
Baby tahu dirinya sekarang sedang sakit kanser otak, dan tahu yang dia akan pergi tidak lama lagi. Baby berkata, jangan kamu semua sedih..
Ija rasa macam nak menangis sahaja.. Bagaimana seorang adik kecil ini mempunyai semangat yang sangat kental sehinggakan boleh menenangkan orang2 sekeliling.. Menurut doktor.. jangka hayatnya sebenarnya tidak panjang sejak tahun2 lalu lagi.. Namun mungkin semangatnya yang kuat menyebabkan dia masih aktif dan boleh tersenyum.
Pada 26hb mereka akan menyambut befday di simpang mengayau kudat.
Ija tak boleh berjanji yang ija dapat pergi.. sebab itu, kami berbincang agar kami boleh berjumpa dengan baby secara personal, untuk melawat baby..
Alhamdulillah.. impian tercapai..
Ija harap ija boleh jumpa dia lagi..
Dia pun suka makan potato yang KFC tu..
Terima kasih kepada pihak Ums, Kapten, Lecturer Ums, staf keselamatan, kerana memberi peluang pada ija untuk menemui baby dan mendapat satu lagi pembelajaran dan juga pengalaman baru dalam hidup ija..
Kepada gee, thanx koz menjadi peneman setia..
Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul.. Ini baru sebahagian sahaja.. Dunia ini penuh pancaroba.. Terpulang pada kita bagaimana untuk menempuhinya..’
Ini adalah antara usaha murni pihak UMS yg prihatin dengan perihal sekeliling…kalau pihak UMS tak buka jalan , maybe ija pun tak dapat menyelami dan mengenali baby tarzan…
skang ija rinduuuuu gile dengan die…tabahkan hatimu ye adik..semoga ia mampu jadi tauladan kepada ija dan yang lain2 juga…. 



!
hmmm…da ade dah…baru nak publish…
Assalamualaikum ija…
hemm….sayu hati baca post ija kali ni…satu pengalaman yang bermakna kan…moga baby n family dia tabah menghadapi semuanya. Syabas buat ija sebab mengambil berat dan berusaha untuk jmpa baby walau dalam keadaan sibuk. Teruskan semangat itu…
ija jaga diri ya…mamam byk2 n study elok2 n jawab xm elok2 bagi dapat first class.
Good luck
kalau kita fikir diri kita susah..akan ada orang yang lebih susah dari kita…
andai kita fikir kita lebih kuat dalam mengharungi segala benda…akan ada insan lain yang lebih tabah dan kuat dalam mengharungi liku hidup..mahupun ia melibatkan nyawa..
kadang2 kita terlalu mengambil mudah akan segala apa yang berlaku kepada diri kita..kita bangga dengan diri kita namun pada masa yang sama kita lupa bersyukur..
kita memilih untuk mengeluh bila kita kesusahan..dan kita memilih untuk bongkak tatkala kita dalam kesenangan..
apakah nilai diri kita?sedangkan adik yang sedang bertarung nyawa mampu untuk terus menyenangi keadaan dirinya walaupun pada bila2 rabbul izzati mampu menarik kenikmatannya yang sementara itu?andaikan kita di situasi yang sama..tabahkah kita?mungkin ya kerana kesusahan itu mampu membangkitkan kesedaran diri…tapi memadaikah?apa yang kita lakukan di saat kita masih segar bugar lebih dari mampu untu besyukurdan menyenangi kehidupan ini hatta mungkin hidup kita tidak semewah org lain?atau tidak selancar yang kita ingini..
sesungguhnya dirimu istimewa elisha..semoga Allah permudahkan dirimu dik….
betul tu wan..
ija tak titun lagi ya
lum..
wah pic baru ya…tomei2
post kali ni amat menyentuh perasaan…ija sangat sensitif dengan persekitaran…moga dengan kehadiran ija dapat menggembirakan elisha walaupun hanya seketika…
ija dah nak exam ke…good luck…
Ija sempat berada kat rumahnya dalam sejam setengah gitu..
xbanyak info yang ija dapat
windu kat baby
!
uik… dh kui 5 pg.. jum tidooo.. huuuu
gmbr mknn xde ke..
Salam alaykoum wa rahmatou Allah wa baraqatou
Salamat pagi semua
apa khabar brother Hazwan and sister heliza ?
I hope all is going well for your music and everything else ( studies )
waou machallah for the baby
he is realy like that ?
Soubhanallah
salam.
sayu baca post kak ija neh.
huwm.sebab tu kt kena bersyukur dengan apa yg kita miliki.
dan hargainya…alhamdulillah…
moga ALLAH S.W.T senantiasa merahmati baby&keluarganya seta kt semua.amin…
kak ija,mish u!
.
take care owes…
alamak…
tersentuh hati r plak…
moga adik kecil ni dpt kebahagiaan selalu.
amiin…
n for ija,
u’ve done a good job.
proud to be ur fan
salam ija …

emmmmmmmmmm mis u so muchhhhh
mmuahhhhhhhhh
assalamualaikum semuaaaa…
dah lama aku menghilangkan diri…
ade beberapa sbb…antaranya due to
technical problem….mengalami masalah tidur…
dan yg lain2 tu xyah ckp..ye….
ade sesiapa x RindU ngan aku…kikikik perasan lah
pulakkk..rinduuuuu sgt ngan awk semuaaaa…
1st of all…memang sedih kisah bdk baby/tarzan ni,kan..
my dad pn pernah mengalami kanser d’bahagian hidung
4 yrs ago…about 3 month gak dia kat KL for treatment…
kosnye memang sgt sgt sgt tinggi….jagalah kesihatan anda…
berat mata memnadang…lagi berat org yg menanngungnyeee….
2ndly aku nk tanay 1 soalan…ni soalan serious….ade “satu perkara”
yg berligar2 dlm kepala otak aku ni…
tahap manakah barrier antara heliza ngan peminat?
p/s: no need to mention pasal privacy ke personal life ke…
yg tu aku dah sedia maklommmm…
adusss… terharu… emmmm …
paham prasan mak bapak dia camne… ish berat. klu anak demam je pun dah panik n risau gile… lagi lee klu keadaan mcm elisha tu..
Moga family elisha tabah.. n elisha sentiasa tenang….
ija..sedih baca entry kali ni..
bgs la ija dh amik jln pyelesaian yg terbaik skali.
teruskan la bakti awk tu.
tp awk kena gak jaga ksihatan..
sian sy dgr..
tp sy percaya jane ija ni kuat org nyer..
selain dr kuat makan..hehe..
gud luck exm nanti…
papai..
salam….sedey tgk kehidupan baby 2….n miss u kak ija…
sedih, terharu, menyentuh perasaan & kasihan apabila membaca kisah baby/tarzan…semoga keluarga baby/tarzan senantiasa tabah menghadapi apa jua ujian dari Allah SWT…
Alhamdulillah, bangga dgn sikap ija yg sgt peka & prihatin terhadap org2 & keadaan di sekeliling…semoga perbuatan & niat suci ija itu diberkati, insya’Allah…
Di hari Jumaat yg mulia ini, mari kita sama2 mendoakan kesejahteraan baby/tarzan semoga dia dapat menikmati hari2 bersama keluarga & org2 yg dikasihi untuk jangkamasa yg lebih lama lagi, insya’Allah…
salam noorul,
lama x nampak, apa khabar? welcome back!!! windu baca msg u kat blog ni
23th
salam..sayu rasa hati bila membaca post ija kali ini!!sesungguhnya sikap ija juga haruslah dipuji kerana walau dalam ape kesibukan ija dapat jugak meluangkan masa walaupun sebentar untuk menemui adik elisha n family…kita yang normal selalu tidak mengambil kira&tahu dgn apa yg berlaku di sekeliling,adik elisha merupakan seorang insan yang cukup kuat dan tabah melalui kehidupannya walaupun dia telah mengetahui keadaanya sekarang..dia juga merupakan semoga kita semua sentiasa beringat & bersyukur dgn kurniaanNya…eberitime…lebih2 lg diriku ini..huhuhu…sbb kalo Allah nak tarik apa yg kita ada ni bila2 masa aje…amin
semangat bg abang2nye..lihatlah betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t walaupun ia perit tetapi semangat kental oleh kaum keluarga adik elisha mereka tetap bersyukur dan redha dgn ape yang telah mereka alami..sama2 kita berdoa agar adik elisha tabah menghadapi segala ujian ini…
kita seharusnya sentiasa beringat & bersyukur dgn kurniaanNya! janganlah sesekali bongkak dgn ape jua kemewahan!ingatlah…masih ada lagi insan yang memerlukan!sama2 kita membantu antara sama lain..insya Allah
Sedihnya cter kak ija…
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…
Kte yg dgr cerita ni pun dah sedih apakan lg family dorg..
Moga keluarga tersebut tabah menghadapi cabaran ini insyaallah….
hurmmm…sayunyee entry neh..

kte harus bersyukur dgn ape yg ade skrg..
smoge Allah memberi rezeki yg melimpah ruah buat family baby di dunia & akhirat nnt..insyaAllah
slm… ermmmm…. mmg sayu entry kali ni…apapon,
kak ira tersgt2 bangga dgn ija kerna meluangkan masa mlawat adik elisha…. sama2 la kita doakan kesejahteraan utk family adik elisha… aminn….
bgenang air mata den…
insaf bile bc kisah2 cmni..
kagum ngn semangat anak sekecil elisha…
smoge famili elisha tabah..
ija..dgr cite akn ade show di ipoh..kl btul wish u all the best….
tersentuh hati bace entry ni..
kuat sungguh semangat die..
sy wasenye pn xde semangat juang setinggi adek neh..
salam ija
cerita yang menarik…sememangnya setiap yang ada kekurangan akan ada juga kelebihannya…
***gud luck for final exam
kagum dgn ketabahan elisha & kluarganya
tahniah kpd heliza & teamnya yg prihatin
harap dpt truskan aktiviti kmsyarakatn spt ini
mngkin suatu hari nnti team bereeh blh anjurkn aktiviti begini… insyaallah
slmt tnghariii….dan slmt brlunch…..
hmmm ade prnah x sesiapa tngok mcm mana rawatan
kanser…mcm mana keadaan diorg selepas menerima rawatan?
lagiiiiii mnyedihkan….
*bertepuk….klau dlm dialek brunei/sabah it should be written
like this….batapuk = bersembunyi….
dialek brunei/sabah ni senang je…tukarkan huruf e kpd
huruf a….w/pn dialek brunei ngan sabah hampir sama…tapi
intonasi agak berbeza….susah gak aku nk faham cara org2 sabah
brckp….opps!telebih sudaaah..kikikik
sis norzaah..khabar baik..alhamdulillah….
rindu ke?kikikik
hmmmm…xde yg bleh jwb soalan aku kat atas tu ke?
aku serious nk tau ni…
btul2 nk tau….
tlnglah bgtau….
terlupa lak nk wish kat heliza….
good luck for ur exams…insya-Allah nanti akak akan
doakan…selama ni pn setiap selepas solat x prnah lupa
doakan tuk kejayaan heliza….semoga cemerlang….
dlm pelajaran & career ….
hmmm lagi 2 bln nk gi umrah….dh mula terasa debaran
nk menjejakkan kaki k’sana….dh lama x gi sana…
terasa rinduuuu yg teramat….last aku gi tanah suci
tahun 2004….rinduuuu mkanan kat sana…
rindu ngan aroma bumi tanah suci….
cubalah test try apply astor oasisi jemputan umrah…
tuah aym nmpk d’kaki..tuah manusia hnya Allah saje yg tau….
heliza tlng sampaikn salam akak kpd keluarga baby…
dan semoga mrk lbih tabah dari baby….bdk tu masih mumaiz,kan?
hrp2 kluarga baby akan bersedia tuk kehilangan baby….
baby adalah bakal ahli syurga….jgn bersedih akan kehilanagn
esok hari….
*kehilangannye…
adoiiiii asyik tertypo lak…
*noorul
tolg jawab bagi pihak heliza la yek..
apakah tahap perhubungan heliza denga peminat?
iaitu artis dan peminat…
tapi heliza tak sekdar menganggap kita sume sebagai peminat semata yang hanya perlu mengetahui tentang perkembangan seni dan aktiviti2 seni sahaja..
heliza lebihkan sikit perhubungan itu dengan rela hati berkongsi tentang kehidupan hariannya…
berapa ramai yang sudi berkongsi kisah harian dengan peminat-peminatnya seperti yang dilakukan oleh heliza?rasanya heliza artis pertama dari rancangan realiti yang memulakan penulisan blog ini lalu diikuti denganatis-artis lain..mengkagumkan kan?
kita sebagai peminat umpama ‘kawan’ kepada heliza bertujuan untuk kita rasa lebih rapat dengan dia…tetapi kita juga harus ingat..walau bagaimanapun, perlu ada batasan selayaknya antara kita dengan dia..dia artis dan kita peminat..fahami itu..
tq!
Wahh best nye pngalaman Ija kali nie..Tabah betul kan hati baby tu…
noorul,
i pun teringin sgt nak gi umrah bulan june ni tapi apakan daya visa tak approve la, single without mahram not allowed to go…regulations very strict skrg oleh saudi embassy…

i pun rindu sgt nak ke sana…last time i went was in 2006…kalau u pegi nanti sampaikan salam pada Rasulullah s.a.w.
ade satu lagu yang ija kate die dedikasikan untuk adk ellisha…klik player yang kat atas sekali….
sungguh tersentuh n sedih membaca kisah ini,walaupun die ade kekurangan tetapi Allah memberi kelebihan yg org lain takde,itulah betapa besar dan pemurahnya Allah,bersyukur dgn apa yg telah kita miliki,kita sama2 berdoa agar baby dpt menempuhi dugaan&cabaran hidup dengan tabah&cekal..aminnnnn….

i missed himmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ija kalo kitrg dpt jumpe die..we also will miss him…

ija bawok bersabor ehh……
doakan dia baik2 shj..
walau jauh dh memadai..
SALAM cmua….
sedih baca al-kisah kat atas tu..
smoga family baby/tarzan tabah menghadapi
dugaan ni,ada hikmah d sebaliknya.
tiap kekurangan ada kelebihan yg Allah berikan…
ijaaaa welexlah dun wesauu…
APA DIHARAP ORANG SEBERANG

ENTAH BENCI ENTAH PUN SAYANG
ENTAH HATI MELAYANG LAYANG
ELISHA MENGHARAP KASIHNYA ORANG
TAPI TUHAN LEBIH MENYAYANG
FAMILY…(ELISHA, TARZAN, BABY)…….
ewah.. H&L!!
ebat sungguh berpantun..! tabikkkk..
semoga adik elisha d pnjang kan umo..

wah.. ada org2 br ek..
hye kak noorul.. lamer x nampak..
betape ek?
saye org baru..hehehe
hye heliza…salam perkenalan…hye smua salam perkenalan
Salam perkenalan……hoho…hermmm
erm… toching btl entry ija ni…
Ya Tuhanku tabahkan hati adik elisha
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat ….
sama2 la kita berdoa kesejahteraannya…
salam ija n fellow frens.. hanya doa yang mampu saya bekalkan kpd baby.. semuga Allah meringankan bebannya.. amin ya rabbal alamin.. syukur ke hadratmu ya Allah, kerana kami ini masih mampu meneruskan hidup dengan kudrat kurniaanMu..
helppppppppp!!!

study study study
x ar.. makan2..
makan sampai temok
assalamualaikum semua..
alaaaa kesiannye sis zah xleh gi..a’aah memang dh
susah skrng bagi org pompuan nk gi tanah suci…
kena ade muhrim…18 yrs above….
insya-Allah nanti aku sampaikn salam pd baginda…
remind me back nanti,k
*wan…jwpan anda sungguh bernas..tapi blom
terjwp “satu perkara” yg buat aku rase confused…
terima kasih….
*heliza..akak bkn betapa…memang nk
“menghilangkan diri” pn….
ade yg tersirat soalan akak kat atas tu…
soalan tu tuk semua….
blom ade yg terjwp….
masa aku “menghilangkan diri” ade lak org
tu “tertanya2″….
bila dh mai cni…mcm buat deeeeeek
jeeeeeeee….
sekian terima kasih…
Bereh sudah timbul Saidah


SMS juga penentu dan syarat
Salam sudah doa pun sudah
Bijak mengurus selamat dunia dan akhirat
( KEBAIKAN pasti KEBAIKAN jua balasannya disisi Allah) Amin
masa perform kat ABP ari tu heliza nmpk
kurus….skrng dh ckp dh gemok lak…
dh memang x gemok puuuuuun…
walaupooooooon…..
my advice….take balance food..
ingat peasan/sabda nabi s.a.w
“makanlah kamu sblom lapar..berhentilah kamu
sblom kenyang”
“sepuluh penyakit yg dtg…sembilan darinya
berpunca dari makanan”
(lu pikirlah sendiri)….OK la tu…redah je …terlebih sudah….

atau…..
“Kau betul2 Jane…”
kshe ke??
asalamualaikum…
kasian sungguh dengar cerita ija nie pasal baby tarzan nie…
lama dah jeng2 tak on9 lah…. bz byk… hehehe…
Nak juga Jooz org baru…
Wah Park Ji SUng..pemain korea aka MU pun ade…

haha..baru la sgt..kah3
memule waktu bace fist line entry ngt Ija uat lawak..
yela,ija neh kan ske uat lawak je teje die..
da bace stengah jalan pon caye ag..ngt dpe nk uat suprise ape la kt ija…
then smp kt bhgn gmbr pn 50-50 nk caye…
lepas pade gmbr tu baru tul2 caye cite nih..
smg adek neh senyum2 sokmo,jgn lupe mkn ubat..
SLMT Hari JADI BUAT ….MAMA HELIZA pada tanggal 19 April ini, ke berapa gaknya?- 4

epy befday mama ija..

—–btul ker ni???
just ikut apa y H&L..
Puan Latifah Hj. Muhamad apa khabar ?
Happy Bday aunty Latifah..

smoge awet mude sokmo..
HAPPY BIRHTDAY 2 PUAN LATIFAH HJ.MUHAMMAD/MAMA pd 19/4/…. hehehe… yg ke bape agaknyer… hehehe anyway happy birthday mama moga pnjng umo berlipat ganda rezeki n moga mama BEREEH je…amin….
n mama u r de BEST!!!!!! 
Epi Bufday Aunty Latifah…!!

Moge Berbahgie celalu bercame org yg tercayang…
hepi besday MAMA….
semoga dilindungi dan diberkati Allah hendaknya bersama2 dgn keluarga tercinta…

Selamat Hari Lahir Aunty Latifah….moga sokmo dibawah lindungan Allah bersama famili tercinta…

alalala…..
Hepi Beday Untie!!!!

epi besday auntie Latifah
hepi besday untie latipah..

smoge gembire slalu di samping uncle helmi & family tersyg..
hiksssss….
ASSALAMUALAIKUM cmua….


hepi besday anti latifah
smoga panjang umur,d murahkan rezeki
bahgia d samping family tersayang aminn
ohHhhH mama.. celamat aie jadi yang ke??

rahsia!
oh mama!! mama makin mude..!
heee
hepi besday anti latifah… … … … .. .. .. . . . . . .
Heeee…smoge panjang umo…
Assalamu’alaikum
Selamat hari lahir Puan Latifah Hj Muhammad…semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera…
Panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya serta mulia, serta mulia, serta mulia…
Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Puan Latifah, Allah selamatkan kamu…
hoho….ija buat puisi untuk mama sampai 2 versi…
mok cik.. appy bedy deh…
dah trlewat 1 ari ni…

Selamat Hari Lahir mama heliza…
tahniah krn dikurniakn family yg bahagia…
& anak2 yg indah belaka
smoga dilindungi, dirahmati & diberkatiNya..
dunia & akhirat… amiiinnn
happy birthday acik latifah, semoga beroleh kesejahteraan

to ija.. studi2.. arini dah ahad.. esok exam kan.. good luck n all da best.. chaiyok2..

happy burfday auntie latifah.


May ALLAH S.W.T bless U.
moga bebahagia selalu disamping yg tersyg.
k.ija,gd luck!!!chayok3!

mish u!
opsss.hepy belated burfday.
xtepasan rineh da 2oapriL.heee.
hepi besday auntie Latipah…..

dulu kecil sekarang dewasa
dulu menangis sekarang ketawa
dulu merangkak sekarang berkereta
dulu seorang sekarang dah berkeluarga
dulu berjuang sekarang mempertahankan
dulu berdoa sekarang harapan
dulu aktif sekarang letih
dulu sihat sekarang sakit-sakit
dulu hitam sekarang banyak putih
ku gembira ada yg sayang
ucapan lahir ku ditayangkan
moga kita berkasih sayang
terima kasih d atas Doa kalian- drp Mama Latifah buat semuanya…bereeh

Hai !!!…. Mama Rock Suci….,

hepi besday mama latipah..doakn kan untuk semua kitaorg yang akan berexam cam anakmu jua…

akuttt..manyak x cover lagi..uwaaa
waaaaaaa… auntie pom dah bsajak…


marbelos….
thanks 4 sharing those precious experiences, heliza… u have a good heart tho
Salam wat Mama Tipah…
Wat Heliza n all yg nk exam….good luck
…wat tul2…

Hapy belated bday autine Latifah


Moga cepat dpt menantu…
stresssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!
good luck & all d best iia & smua yg nak exam…..stress tu biase la….tenang2 & byk doa..insyaallah success…..

aiyak..*ija…
epy besday mama latifah….
may god bless u
ehem2 abg adilz…
hakhak ija dgr la nasihat abgmu itu
Epi belated besday tu mama latifah… mis u!!!!
*ija

jgn stress2…
meh minum lu….
tensionnnn
selamat hari lahir (belated) mama heliza aka makcik latifah.semuge pjg umo n bahagie selalu.sejambak bunga utk mcik latifah

woahhh jooz nape tensen? jgn tensen2 hepi2!!!!
uitt juz…awat hang tension? meh2
….
SALAM CMUA….

dun tension ijaaa
bawalah berenang d lautan lalang heeee…..
oll the best ijaa..smoga brjaya dlm xm….
nape jooz…gluck k
jap ek akak call keding…hahahaha
Arini terpakse ponteng kelas sbb dwet xde…wakakaka.. kad atm ilang… ingat nk tolak je kete smpai limkokwing..hak3
asamz…..
Asamzz
junjung jek kete tu….