Belasungkawa…

nurin_jazlin.jpg
Nurul Jazlin..al-Fatihah untuk Allahyarhamah…

Mayat Budak Perempuan Sah Nurul Jazlin

POLIS hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu. Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Sementara itu di Kuala Lumpur, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya. “Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang.

Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya. Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya.Saya reda dengan kehendak Ilahi.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.

78 Responses to “Belasungkawa…”

  1. nazwan Says:
    Gravatar

    walaupun kita bukan berada dalam situasi keluarga allahyarhamah..tapi kami semua disni berharap agar keluarga nurul jazlin tabah dalam menerima ketentuan Ilahi ini..semoga Allah merahmati roh Allahyarhamah…

  2. kecu Says:
    Gravatar

    susah mak bapak nak terima kenyataan yg macam nie..

    Al-Fatihah…

  3. firdee Says:
    Gravatar

    al-fatihah…

  4. nazwan Says:
    Gravatar

    dalam hal ni sape yang patut dipersalahkan..ini sekdar diskusi..dah 2 kali keadaan seperti ini berlaku..itu yang dikhabarkan..yang kes2 tak dihebahkan???

  5. kecu Says:
    Gravatar

    subjektif lee… perangai manusia kot. tak de kesedaran. n pengaruh keliling.. skg nie kan lagi open.. kat tv pun mcm2 cite ada.

  6. firdee Says:
    Gravatar

    sekarang ni baik lelaki mahupun perempuan kena jaga diri baik²…manusia semakin tidak berperikemanusiaan

  7. sct Says:
    Gravatar

    sedihnyer…. tak terkata…

    al-fatihah…..

  8. kerongsang H Says:
    Gravatar

    Al-Fatihah..sedih..x dapat byg kan macam mana perasaan keluarga Allahyarhamah…kes yg sama berulang ..sebelum ni adik nurul huda. Kejam nya manusia. Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Al -Fatihah…

  9. Heliza Says:
    Gravatar

    sebak..

  10. nszmy Says:
    Gravatar

    Tapi, keputusan DNA might be wrong… i hope it is wrong.. siannye… hmm…

  11. aishah Says:
    Gravatar

    keputusan DNA is 99.9% accurate… and ujian dilakukan di HKL.. kemungkinan besar tidak akan silap..

    hope the bastard who did this dilaknat oleh Allah dunia akhirat!!!

    al fatihah

  12. ridha Says:
    Gravatar

    salam alaikoum wa rahmatou Allah wa barakatou

    Allah ouakbar ina lilah wa in ilahi raji’oun

    Allah yarhamha
    amine ya rabi el’alamine

  13. firdee Says:
    Gravatar

    pada 5:45 am September 21, 2007 aishah ada berkata:

    keputusan DNA is 99.9% accurate… and ujian dilakukan di HKL.. kemungkinan besar tidak akan silap..

    hope the bastard who did this dilaknat oleh Allah dunia akhirat!!!

    al fatihah

    penjenayah xkan lepas…x lama lagi pasti tertangkap…

  14. nazwan Says:
    Gravatar

    kalo terlepas kat dunia ni..hukuman Allah pasti akan ada lagi…

  15. prmrsilla Says:
    Gravatar

    Selepas 50 tahun kemerdekaan…apa erti pembangunan dan kebebasan sekiranya jenayah dan korupsi lebih bebas membatasi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

    Mungkin kita lemah dalam pemantauan dan penguatkuasaan baik dalam diri dan pentadbiran negeri…

    Pembangunan material harus seiring pemantapan rohani

    Salam Ramadhan Hazwan dan semua

  16. ahli baru Says:
    Gravatar

    al fatihah

  17. ridha Says:
    Gravatar

    somebody can tell me how this sister died. That Allah accepts it in his paradise Elfardaws
    amine

  18. milano gonzalez Says:
    Gravatar

    Al-fatihah..

    Memang susah parents nak terima kenyataan kalau dah macam ni.. Apapun rasanya ngan CCTV yg dapat capture orang yg letak bag tu dekat kedai tu, leading to suspects is just efforts away.

    Biarlah kes ni dibicarakan sampai tutup habis. jangan laa pulak jadi cam banyak kes-kes jenayah kat Malaysia ni yang tergantung.

  19. milano gonzalez Says:
    Gravatar

    *Ridha

    The poor little girl, Nurin Jazlin aged 8 was kidnapped and was reported sexually abused then murdered. She went missing about a month ago while wandering around a night market near her place alone. Her body was found naked in a sports bag in front of a book store in Petaling Jaya, a town southwest of Kuala Lumpur.

    A DNA test was carried out and the samples from the body matched that of Nurin’s Parents. Hence the conclusion that the body was in fact Nurin Jazlin’s. However, both parents found it hard to believe as there are some distinguish physical features of Nurin which were not found on the body. Such as the folio of her teeth, her birthmark and a scar on the arms and hips which she had gotten from an incident. Out of denial, they requested for another testing. Forensics are on it.

    Hope that explains..

  20. min Says:
    Gravatar

    mmg sedih…tk dpt nk bygkn prsn famili nurin sendiri…emm…rsnye elok la laksankn je hukum hudud tu…selagi guna hukum ciptaan manusia selagi tu jenayah smkn berleluasa…

  21. kecu Says:
    Gravatar

    monin semua…

  22. sally_8176 Says:
    Gravatar

    apa la salahnya budak tu hingga di perlakukan begitu..siapapun budak tu, dia hanya seorang kanak-kanak yg baru berumur 8 tahun..semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..si pembunuh tidak akan terlepas..

  23. min Says:
    Gravatar

    psiko org tu agknye…

    Killer enjoys inflicting pain on others, says expert

    By ZULKIFLI ABD RAHMAN
    zulrahman@thestar.com.my

    PETALING JAYA: The person, who sexually assaulted and killed the girl found in a sports bag, enjoys inflicting pain on others.
    Crime analyst Kamal Affandi Hashim said the perpetrator derived satisfaction from seeing his victim’s being helpless.
    “The use of force may be to compensate his inadequacy or a sense of wanting to be superior. He shows that he wants to be in control by abusing the victim before killing her.
    “The insertion of an object into the victim’s private parts was meant to produce delayed sexual satisfaction for him,” he said.
    “It’s a ritual of a serial offender in progress. I believe that he has done the same before based on the sophistication of the crime.”
    Kamal Affandi said the person also dumped the bag with the girl’s body in a place where it could be easily discovered to show he was in control of things.
    “He’s telling the world that he’s smart. He wants to be in control,” he said, adding that the perpetrator could have disposed the body in a place where it could never be found.
    Kamal Affandi said he did not believe the killer was abused physically or sexually as a child.
    “The killer is anger-driven and may not need anything to trigger his violent action.
    “But I wouldn’t say that he is mentally disturbed or insane,” he added.
    Kamal Affandi, who is a member of the Malaysian Crime Prevention Foundation and a former police officer, said parents must take steps to ensure the safety of their children.
    “Parents should explain to their children that they should go to the nearest 24-hour convenience store, a clinic or a place of prayer to get help if they got lost.
    “Children should also have notes in their clothing that has the child’s name, the telephone numbers of parents to enable the public or the police to contact them,” he added.

  24. paparazzi h Says:
    Gravatar

    al-fatihah utk adik nurin..
    semoge keluarga adik nurin tabah…

    be cautious le ebelibadi…
    manusia makin pressure kot tu yg jadik gila..
    blaja le tae kwan do ke silat ke…
    or beli la pepper spray ke hape ke for protection eh..

  25. SHE Says:
    Gravatar

    afatihah…
    …turut mrasa…
    bgaimana hibanya kehilangan org yg disayangi…
    takziah kpd keluarga ini.

    satu peringatan utk semua..
    supaya lbh brhati2.

  26. SHE Says:
    Gravatar

    AL-FATIHAH

  27. Apehelians Says:
    Gravatar

    innalillahiwainnailaihirajiun….

    takziah untuk ibu bapa Nurin.

  28. nazwan Says:
    Gravatar

    pada 6:48 am September 21, 2007 prmrsilla ada berkata:

    Selepas 50 tahun kemerdekaan…apa erti pembangunan dan kebebasan sekiranya jenayah dan korupsi lebih bebas membatasi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

    Mungkin kita lemah dalam pemantauan dan penguatkuasaan baik dalam diri dan pentadbiran negeri…

    Pembangunan material harus seiring pemantapan rohani

    Salam Ramadhan Hazwan dan semua

    salam ramadhan jua prem..

  29. nazwan Says:
    Gravatar

    nnt akan dilakuka ujian DNA yang kedua..untuk mensahihkan bahawa maya adala nurul jazlin..walau macamanapun..kita doa2 kanlah sekiranya nurul jazlin maseh hidup…agar dipulangkan..sekiranya tidak…doakanlah semoga rohnya dicucuri rahmat..tak salah kalo kite berdoa untuk kedua2 situasi ini..semoga Allah merahmati anda semua..

  30. fendi Says:
    Gravatar

    alfatihah, setau gue, anak2 yang pergi menemui Allah s.w.t sebelum baligh ni kira gerenti dah syurga tu & ada syafaat untuk ibu & bapanya .. pls correct me if i’m wrong.

  31. nazwan Says:
    Gravatar

    *sampingan
    dapatkan harian metro harini..ade sedkit kisah ija sempena ramdhan.

  32. faeza88 Says:
    Gravatar

    Kes-kes jenayah zaman sekarang kat malaysia nie sungguh menakutkan.Faeza baru cadang nak gi KL utk majlis berbuka puasa yg buat kat restoran nelayan tu.Takut lak nak gi sengsorang.Org batu pahat tak de sape ke nak pegi?.

  33. TARO Says:
    Gravatar

    Kejutan Ramadhan
    Oleh Nor Akmar Samudin
    akmar@hmetro.com.my

    RAMADAN kali ini memberi kelainan kepada Heliza Helmi, 21. Apakan tidak, inilah kali pertama dia menjalani ibadah puasa sebagai artis. Jika sebelumnya, Heliza sibuk menghadiri kuliah pada waktu siang dan malamnya bermunajat kepada Allah SWT, namun kini dia sibuk pula dengan aktiviti seni.

    Dulu memuja, kini dipuja

    Heliza adalah mahasiswa jurusan Pendidikan Sains (major Biologi dan minor Kimia), peringkat ijazah Sarjana di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kini dia bercuti setahun dan akan menyambung pengajian yang berbaki lapan semester lagi pada Januari 2008.

    Sebaik saja Ramadan menjelma, terus Heliza teringatkan keluarganya di Tawau, Sabah. Malam sahur pertama Khamis lalu dia terus menelefon keluarga di Sabah untuk bertanyakan juadah sahur yang disediakan ibu tersayang.

    “Di Sabah, waktu berbuka dan bersahur awal. Jadi, biasanya jam 3.30 pagi ibu sudah bangun. Lalu saya telefon ibu bertanya khabar dan tanya ibu masak apa. Saya suka makan masakan ibu.

    “Mendengar suara adik-adik di hujung talian terubat juga kerinduan. Sebelum ini pun saya berjauhan dengan keluarga kerana UMS terletak di Kota Kinabalu (KK). Jaraknya antara KK dengan Tawau memakan masa lapan jam jika perjalanan dengan bas dan 45 minit jika menaiki kapal terbang.

    “Kebetulan pula ketika di UMS, boleh dikatakan setiap kali Ramadan ada peperiksaan atau ada saja projek kursus yang perlu disiapkan.

    “Sebab itu saya jarang dapat bersama keluarga pada bulan yang mulia ini. Namun, kemeriahannya tetap terasa apabila berbuka dan bersahur dengan kawan-kawan.

    “Cuma perasaan berjauhan dengan keluarga kali ini terasa lain sedikit kerana saya berada di Kuala Lumpur dan bergelar artis. Hari pertama berpuasa saya sibuk membuat persediaan untuk program Marhaban Di Astro yang menjelajah seluruh negara.

    “Kalau tiada program Marhaban, saya memenuhi undangan berbuka dan penggambaran untuk media yang diaturkan Maestro. Jarang saya dapat berbuka di rumah. Walaupun berpuasa, kerja tetap berjalan seperti biasa dan balik tidak tentu masa,” katanya.

    Artis AF lain yang turut menjayakan program Marhaban Di Astro ialah Salima, Mila, Farah, Idayu, Nora, Zila, Akmar, Aswad, Mawi, Zahid, Faizal, Afiq, Shawal, Eby, Dafi, Haziq, Fikri dan pengacara popular, Zainal Alam Kadir.

    Selepas Aidilfitri nanti Heliza dan Mawi yang dilantik duta saluran baru Astro iaitu Oasis, akan menjalani penggambaran klip video untuk lagu temanya, Doa Dalam Lagu.

    Bercerita mengenai diari hidupnya sebagai artis, Heliza menyifatkan semua kerja ada cabaran tersendiri. Namun, dugaan menceburi lapangan seni berbeza dengan kerja biasa.

    “Kalau kerja pejabat masuk jam 8 pagi dan balik jam 4 petang. Tetapi orang seni, kerjanya tidak kira masa. Kalau duduk di rumah pun masih perlu ’standby’ sekiranya tiba-tiba ada undangan perlu dipenuhi.

    “Dulu selepas kuliah, saya boleh memenuhi waktu lapang dengan aktiviti sendiri. Sekarang tidak lagi. Saya harap selepas kembali ke kuliah nanti, saya boleh menumpukan kepada pelajaran yang tertinggal setahun.

    “Harap otak saya tidak berkarat. Walau apapun, saya perlu menamatkan pengajian saya dengan cemerlang. Itulah janji saya pada keluarga dan diri sendiri. Sejauh mana pun saya ‘berlari’ dalam persada seni, saya perlu ada persediaan untuk hari muka.

    “Sekiranya tidak diperlukan lagi dalam bidang hiburan saya boleh menggunakan ijazah mencari pekerjaan lain untuk meneruskan kehidupan.

    “Menyambung kuliah semula selepas bergelar artis juga rasanya tidak banyak bezanya dari dulu. Mungkin kali ini saya boleh menambah bilangan kawan kerana ramai kenal saya sekarang,” katanya.

    Namun begitu, bila sibuk kuliah nanti dia berharap masih berpeluang menghiburkan peminatnya pada cuti hujung minggu atau pada cuti semester universiti.

    Tambah Heliza lagi, jika dulu dia begitu teruja untuk menatap wajah artis kesukaannya, sekarang gilirannya pula menjadi perhatian ramai.

    “Pada awalnya terasa kekok juga bila ramai menegur tetapi sekarang tidak lagi. Sebaliknya rasa bersyukur kerana orang kenal saya dan saat itu juga paling berharga kerana saya dilahirkan menerusi AF.

    “Tanpa pengundi sanggup bersusah-payah menghantar undian menerusi SMS (Sistem Pesanan Ringkas), mustahil saya menjadi seperti hari ini,” katanya.

    Menyentuh mengenai cinta, mustahil gadis secantik Heliza tidak ada lelaki ‘terlekat’ hati padanya, namun tegasnya, terlalu awal untuk berbicara soal cinta kerana banyak lagi yang perlu dicari dalam hidup.

    “Berkawan memang ramai, tetapi berkasih belum lagi. Biarlah saya mengejar cita-cita yang masih belum terlaksana,” katanya.

    DI PETIK DARI HARIAN METRO 210907

  34. Pemerhati Says:
    Gravatar

    Innalillah….. Al Fatihah….. Takziah kepada keluarga Nurin. Semoga Allah memberi rahmat di atas ketinggian kesabaran ibu bapa Nurin sempena bulan yang mulia ni.

    Berita terbaru:

    Akhirnya bapa Nurin Jazlin…Jazimin Abdul Jalil terima hakikat mayat kanak2 perempuan yang ditemui dalam beg di PJ Isnin lalu adalah anaknya yang hilang sejak 20 Ogos lalu. Katanya pagi ini beliau tidak akan buat ujian DNA kali kedua seperti yang dilaporkan hari ini . Menurut Jazimin beliau menerima kematian Nurin ini sebagai satu ketentuan Ilahi. Keluarganya telah mengambil mayat Nurin di rumah mayat Hospital Besar Kuala Lumpur jam 11.15 pagi. Mayat Nurin dibawa pulang ke surau dekat rumah mereka di Seksyen 1, Wangsa Maju dan akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Setapak lepas sembahyang Jumaat. Gambar atas - Jazimin turut mengusung mayat Nurin ke dalam kereta jenazah di bilik mayat Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Wangsa Maju.

  35. Nana Says:
    Gravatar

    pada 12:54 pm September 21, 2007 TARO ada berkata:

    tq taro..dpt juga saya baca sebab saya jarang beli harian metro

  36. nazwan Says:
    Gravatar

    pada 1:31 pm September 21, 2007 Pemerhati ada berkata:

    Innalillah….. Al Fatihah….. Takziah kepada keluarga Nurin. Semoga Allah memberi rahmat di atas ketinggian kesabaran ibu bapa Nurin sempena bulan yang mulia ni.

    Berita terbaru:

    Akhirnya bapa Nurin Jazlin…Jazimin Abdul Jalil terima hakikat mayat kanak2 perempuan yang ditemui dalam beg di PJ Isnin lalu adalah anaknya yang hilang sejak 20 Ogos lalu. Katanya pagi ini beliau tidak akan buat ujian DNA kali kedua seperti yang dilaporkan hari ini . Menurut Jazimin beliau menerima kematian Nurin ini sebagai satu ketentuan Ilahi. Keluarganya telah mengambil mayat Nurin di rumah mayat Hospital Besar Kuala Lumpur jam 11.15 pagi. Mayat Nurin dibawa pulang ke surau dekat rumah mereka di Seksyen 1, Wangsa Maju dan akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Setapak lepas sembahyang Jumaat. Gambar atas - Jazimin turut mengusung mayat Nurin ke dalam kereta jenazah di bilik mayat Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Wangsa Maju.

    sedih memg sedih..kit atida akan pernah sesekali berada di dalam situasi seseorang itu..tapi tempiasnye tetap kite rase..kematian nurul jazlin satu tragis..satu petanda dan juga satu amaran bahawa kita semua..tak kira dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa..tidak akan lagi boleh bersenang lenang dengan hak2 yang kita ada..apakah manusia sudah semakin hilang kewarasan..apakah akal yang dianugerahkan semakin lupus dimakan nafsu..atau semakin terhakiskah perasaan insaniah itu dari lubuk jiwa..kita tiada jwapan..tetapi faktanya semakin nyata dari masa ke semasa..siap yang patut dipertanggungjwabkan??mak bapak?anak2?penjenayah2 keparat itu?kerajaan?siapa lagi..amalan tuding menuding nila yang menyebabkan perkara ini berleluasa..andaikan pada hayat jazlin masih ada, ada insa prihatin yang melihat kanak2 ini merayau2 di jalanan tanpa berteman..tidakkah boleh curi masa sebentar untuk menemani atau sekurang2nya menghantar pulang kanak2 ini? ibu bapa pula..tidakkah boleh luangkan masa menemani anak2 ke pasar seperti kanak2 itu ingini? sementara masih ada..berubahlah..sebelum semakin lama yang menjadi mangsa.orang lain takkan mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri beriktikad mengubahkannya..

  37. Helmi Hj Hasbi Says:
    Gravatar

    Takziah buat En. Jaziman Abd. Jalil dan keluarga Nurin Jazlin.. Kematian itu pasti. Tapi kematian Nurin satu trajidi.. SeMuga Allah memberi darjat tinggi keatas Ujian dan kesabaran En. Jaziman dan keluarga. Yang Pasti yang zalim itu tetap akan menerima balasannya. Al-Fatihah buat anak Nurin Jazlin. Amin dan jika ada jika Majlis berbuka puasa dari FC Heliza hrp dpt sedekah Al-Fatihah.

  38. noorul Says:
    Gravatar

    assalamualaikum semua…..

    dlm bulan ramadhan tahun ini kite dikejutkan dgn berita yg paling mengerikan….semoga allahyarham nurin akan bertemu dng ibu & ayahnye diakhirat nanti….

    *Allahyarham bermaksud Allah yyg merahmati….tak kire sama ade org yg meninggal itu lelaki atau perempuan kite hanya menyebut Allahyarham….krn Allah bkn lelaki atau perempuan……

    ** (iaitu) orang-orang yg apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan “innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un (tafsir ayat 156 surah Al-Baqarah).
    bila nak mengucap tu biarlah habiskan ayat tu…jgn sekerat sahaja…

    ____________________________________________

    kak zeq dah baca mesej aku yg smlm?

    selamat berpuasa semua……

  39. kerongsang H Says:
    Gravatar

    pada 3:03 pm September 21, 2007 Helmi Hj Hasbi ada berkata:

    Takziah buat En. Jaziman Abd. Jalil dan keluarga Nurin Jazlin.. Kematian itu pasti. Tapi kematian Nurin satu trajidi.. SeMuga Allah memberi darjat tinggi keatas Ujian dan kesabaran En. Jaziman dan keluarga. Yang Pasti yang zalim itu tetap akan menerima balasannya. Al-Fatihah buat anak Nurin Jazlin. Amin dan jika ada jika Majlis berbuka puasa dari FC Heliza hrp dpt sedekah Al-Fatihah.

    Insyaallah Uncle..Al-Fatihah.

  40. kak zeq Says:
    Gravatar

    noorul…
    BEREH!
    CD raye dah kuar dah…
    i’ll get it by tis week ye…
    nnt get yr sis-in-law to call me…

  41. kai Says:
    Gravatar

    al-faihah…
    semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang muslim dan golongan yang dirahmati Allah S.W.T

  42. zul_baek Says:
    Gravatar

    yaho0….
    alnum rya dh kuar…

  43. matahari terbit Says:
    Gravatar

    Al-Fatihah to allahyarham adik nurin
    takziah to family arwah
    i swear this news really breaks me up
    sang pembunuh takkan tlepas
    dunia n akhirat

  44. Your Name Says:
    Gravatar

    al-fatihah kepada adik nurin jazmin..sy setuju.. undang2 islam kene dijalankan.. ape nak jadik ni dgn org skarang.. harap penjenayah akan mendapat balasan diatas segala perbuatan jahat die.. bodohhhhhhhhhhhh.. menangis baca berita die kat utusan.

  45. MR F Says:
    Gravatar

    tak tahu ape nak di kata….tp kesedihan yang di alami oleh keluarga allahyarhamah nurin lebih sedih….tp saye sendiri tengok berita kat tv3 hampir2 menitiskan air mata…sebab…saye tak sanggup melihat penderitaan yang di alami oleh keluarga allhyarhamah….allahyahamah tergolong dari orang2 yang masuk syurga…Amin…..Al-Fatihah….

  46. MR F Says:
    Gravatar

    Orang yang melakukan perkara itu, boleh di ibaratkan sebagai iblis berbadan manusia… Semoga pihak yang berkuasa akan dapat menangkap penjenayah iblis itu, yang hukuman mesti di kenakan setimpal dengan apa yang telah di lakukan….

  47. asamz Says:
    Gravatar

    salam…

    al-fatihah utk keluarga arwah….

    utk manusia a.ka. ….yg dilaknat tu….macam mane mu nok ngadap Allah esok weiii….

  48. ridha Says:
    Gravatar

    Salam alaikoum wa rahmatou Allah wa barakatou

    thank you brothers Milano Gonzalez and Min for answers

    qu’ Allah soubhanou wa ta’ala give more patience and courage to parents

    amine

  49. jeng2 Says:
    Gravatar

    al-fatihah…

  50. angelsoul86 Says:
    Gravatar

    …al-fatihah….

    satu jer…kat dunia nie takder yang slamat….even rakyat malaysia yang kononnya terkenal ngan sifat sopan santun pun tergamak buat perkara di luar batas fikiran kita semua….

    …tips for all parents…..dont leave your child alone…tak kisah di mana…even di dalam rumah…..

  51. eita Says:
    Gravatar

    al - fatiha wat adik nurul…
    sayu sgt hati bila tgk berita smlm
    semoga keluarganya lebih tabah…

  52. zoom in Says:
    Gravatar

    jangan lupa saksikan heliza zoom In bersama brothers::::
    mlm ni kol 9.00mlm RTM 2…

  53. wassini Says:
    Gravatar

    Assalamua’alaikum wr wb

    rakyat singapura turut rasa sedih dan terharu dgn berita ini…

    Al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin Jazimin…

  54. wassini Says:
    Gravatar

    alamak, hari ni kene keje sampai kul 9 mlm…harap2 sempat tgk persembahan ija dlm zoom in bersama brothers, insya’Allah…

  55. vtecturbo Says:
    Gravatar

    al-fatihah….

    kepada keluarga arwah..semoga arwah disamping para mukmin dan mukminat..insyallah

  56. paparazzi h Says:
    Gravatar

    pada 10:33 am September 22, 2007 wassini ada berkata:

    alamak, hari ni kene keje sampai kul 9 mlm…harap2 sempat tgk persembahan ija dlm zoom in bersama brothers, insya’Allah…

    amiiinnnnn…

  57. noorul Says:
    Gravatar

    assalamualaikum semua….

    ramai gak fans heliza mencari album the best of heliza…hmmm….aku suggest pihak HFC should do something…help them….

    apa cadangan anda…? sila berikan cadangan….

    selamat berpuasa

  58. paparazzi h Says:
    Gravatar

    pada sesapa yg blum dpt CD Best of Heliza sila bagi nama..
    i’ll try to get it 4u…
    if out stn nak post/courier sndri mau ingat la eh…
    baya le skali the charges…
    i can only buy the CD 4u…
    zeqdegreat@yahoo.com

  59. paparazzi h Says:
    Gravatar

    tambahan…
    bagi nama & bagi le RM21 skalik

  60. paparazzi h Says:
    Gravatar

    pada 9:08 am September 22, 2007 zoom in ada berkata:

    jangan lupa saksikan heliza zoom In bersama brothers::::
    mlm ni kol 9.00mlm RTM 2…

    zoom in start kul 10.30pm..
    gi terawih dulu ehh….

  61. eita Says:
    Gravatar

    pada 6:59 pm September 22, 2007 paparazzi h ada berkata:

    pada 9:08 am September 22, 2007 zoom in ada berkata:

    jangan lupa saksikan heliza zoom In bersama brothers::::
    mlm ni kol 9.00mlm RTM 2…

    zoom in start kul 10.30pm..
    gi terawih dulu ehh….

    eh dah tukar ek 10.30 jom terawih dlu

  62. min Says:
    Gravatar

    *kak zeq

    sudila kirenye kak zeq sharekn vid & gambo marhaban brg sekeping dua…bole la ek…ape 2 hinggit?…ok bereh…tq…

  63. wassini Says:
    Gravatar

    hmmm…kelam kabut balik dari opis tadi sbb nak tgk zoom in bersama brothers featuring heliza sampai terpaksa gtau boss, ada hal mustahak kena balik kul 9pm…xpe bohong sunnat… hehehe…lawoooo sgt ija pakai baju ungu…soooo sweeeet…one of my peberet color gaks…and kumpulan ungu is my peberet vocal grp

  64. min Says:
    Gravatar

    *kak norzaah

    amboii…demi ija ye kak norzaah…tkpe la..btul ape..hal mustahak..hehe…a’ah ija nmpk lawa sgt td..dh lm sgt rsnye tk nmpk ija kat tv…hrpnye lps nih byk lg la program tv utk ija…ape2pn show ija ngn brothers td best..cuma lagu teman sejati tuh je vokal ija tk clear sgt…duet ngn brothers tu pn best…tp lagu yg ija bwk solo tu plg best ant sume…hope ija bole all outkn lg vokal…

  65. Apehelians Says:
    Gravatar

    Hai Ija… baru tengok awak kat zoom in. You look beautiful in that purple dress. Terubat rindu saya nak tengok Ija kat TV

  66. paparazzi h Says:
    Gravatar

    min…
    gambo meraban ade le…
    tngu eh…
    nk kumpul ngan gamba kat aloq staq skalik nih…
    charge dah naik la…
    sbb org tu makin fofuler kan…
    pastu kena bayar royalti lagik…

  67. min Says:
    Gravatar

    *paparazzi h

    wokeh..wa caya lu la kak zeq…hehe…charge dh naik?…ok no hal…tp lps raye leh..nk kumpul duit raye dl…

  68. Apehelians Says:
    Gravatar

    pada 12:32 am September 23, 2007 paparazzi h ada berkata:

    min…
    gambo meraban ade le…
    tngu eh…
    nk kumpul ngan gamba kat aloq staq skalik nih…
    charge dah naik la…
    sbb org tu makin fofuler kan…
    pastu kena bayar royalti lagik…

    paparazi H nanti jangan lupa lak antar kat saya sekali ye

  69. paparazzi h Says:
    Gravatar

    apehel nak jugek?
    tlg sponsor 1 seat nak buke pose ngan ija bley…

  70. Apehelians Says:
    Gravatar

    boleh… boleh…

  71. Zulhilmy Says:
    Gravatar

    AL-Fatihah…
    semoga roh allayarhamah dicucuri rahmah…
    same2 kte berdoa semoge pembunuh yg kejam itu dpt die berkas

  72. Zulhilmy Says:
    Gravatar

    Menyentuh mengenai cinta, mustahil gadis secantik Heliza tidak ada lelaki ‘terlekat’ hati padanya, namun tegasnya, terlalu awal untuk berbicara soal cinta kerana banyak lagi yang perlu dicari dalam hidup.

    huhuhuh
    alhamdulillah…
    selamat….

  73. ebilandizawwyfi Says:
    Gravatar

    hai zul…ada hati ke..ahaks..biarlah rahsia..syss…ya ampunn!!!

  74. Beghehsokmo Says:
    Gravatar

    salam semua,

    dah lama tak jengok blog ni dek kesibukan kerja yang berlambak. Takziah buat keluarga allahyarhamah nurin.. semoga keluarga nya tetap tabah menghadapi dugaan paling berat ini.. tiap kali membaca pasal nurin, tak sedar air mata ni menitis laju..
    tak sangka ada manusia yg begitu kejam skali .. apalah dosa kanak-kanak itu sehingga diperlaku sebegitu kejam sekali.. tak tergambar betapa seksanya nurin ketika diseksa.. Ya Allah. ayuh rakyat malaysia, sama-sama lah kita berdoa semoga allah beri petunjuk kepada pihak berkuasa sehingga tertangkapnya pembunuh nurin …

  75. silent.. Says:
    Gravatar

    salam…huh..abg2 kakak2 sume….kita harus igt kembali apa yg telah kita lakukan sehingga perkara ini terjadi…..igtlah kembali….kita telah lama mengabaikan hukum ALLAH…dan itu bukan perkara yg kecil….kita telah lama abaikan hukum ALLAH sehingga datang ujian sekecil ini drpnya…..tuhan tlh mmbri kita masa yg cukup lama utk kita menebus kesilapan kita..ttp knp kita harus diuji dulu dgn ujian ini…barulah kita nk kembali padaNYA….dan igtlah janji ALLAH pasti ditepati bilamana hambanya lupa pdNYA…dan bg adik nurin…jgnlah abg2 kakak2 bersedih…rohnya saya yakin telah berada dsyurga dan hanya menunggu ibu bapanya utk bersamanya didlm syurga…dan dia pasti tenang disana disamping kekasihnya….. -coretan dr budak 16 tahun…maaf klau terkasar bahasa…hehe.

  76. kamal fnd hashim Says:
    Gravatar

    Hi Sis. Terimakasih kerana mengingatkan rakan rakan tentang keselamatan. Terimakasih kerana mengingatkan semua bahawa sebenarnya kita semua terasa kehilangan adik Nurin Jazlin Jazimin.

    Kamal FND Hashim
    penganalisis jenayah.

  77. hazwan Says:
    Gravatar

    en kamal..on behalf of heliza..we wud like to express our gratitude for ur willingness visiting this blog. do visit us often ya!

  78. ;wAdA: Says:
    Gravatar

    ingatlah ALLAH S.W.T selalu

Leave a Reply