Heliza @ Akhbar


MINGGUAN MALAYSIA 100607

Heliza tak akan cukur kening

Bintang AF5 – Heliza yang cun-melecun dengan imej gadis bertudung mengaku kepada Niezam dia berjanji dan akan pegang dua prinsip selepas menjadi artis.

Yang pertama sekali dia tak mahu cukur bulu keningnya. Keduanya pula tak akan bersalaman dengan lelaki. Niezam tanya, adakah sesiapa yang nak cukur bulu keningnya selepas keluar AF?

Kata Heliza, semasa sesi fotografi, ramai juga jurumekap yang berhasrat nak cantas bulu keningnya agar kelihatan lebih cantik tetapi Heliza menolak dengan cara baik.

‘‘Saya tak mahu nanti orang kata, lupa diri sebaik saja jadi artis. Yang boleh dielak tu, saya elaklah. Saya harap apabila saya tolak permintaan itu, semua pihak akan faham,’’ kata Heliza.

Mengenai bersalaman dengan lelaki pula katanya, dia memegang prinsip tidak akan menghulur tangan kepada kaum lelaki.

Sebaliknya kalau ada yang menghulurkan tangan mereka dahulu, Heliza tak akan menolak sebaliknya akan menyambut salam tersebut untuk tidak memalukan mereka.

Tak apalah, itu pendirian Heliza. Lagipun bulu kening Heliza sememangnya sudah cantik. Tak perlu nak cantas-cantas lagi. Yang pentingnya apabila sudah mempunyai azam seperti itu jangan dilanggar pula. Nanti orang kata tak teguh pendirian.

Mengenai percutiannya ke Bali, kata Heliza, dia nak bawa keluarganya melancong ke pulau itu nanti tetapi buat masa ini tiket percutian masih belum diterima lagi.

Buat masa ini Heliza tak dapat bayangkan suasana di Bali itu tetapi hanya mendengarnya daripada mulut orang.

NIEZAM: Ada wartawan cantik manis sudah jatuh cinta dengan pemandu kereta sewa di Bali. Siapa agaknya ya?

BERITA MINGGU (last week)

Heliza AF5 pencetus fesyen gadis bertudung

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

SESUDAH Nur Salima, lahir pula sebutir lagi permata berimej tudung daripada Akademi Fantasia (AF). Memiliki sepasang mata yang cantik, Heliza Helmi, 21, tentunya tidak terlepas jadi buruan ramai selepas tamat pengajian AF5.

Setiap kalimelangkah ke pentas konsert AF5, pastinya mata tertumpu kepada fesyen serta gaya tudung Heliza. Kadang kala dia bertudung ringkas, ada kala tudungnya jenis lilitan. Pernah juga Heliza tampil seperti gadis Afrika dan paling lucu, apabila anak kelahiran Kuala Terengganu itu muncul dengan busana ala Cicak-Woman pada konsert final.

Jelas apa saja yang digayakan Heliza dalam AF5 tampak cantik dan elegan namun itu semua adalah hasil kraetiviti perunding fesyen AF5, Jasni. Seperti pelajar lain, tugasan Heliza hanya menggayakan apa yang disediakan kepadanya.

Heliza akui, dia sebenarnya seorang yang ringkas dalam berpakaian, berbeza rakan-rakan AF5 yang lain yang lebih pandai bergaya.

“Memang dalam AF5 saya kena selalu bergaya lebih, tapi ia adalah hasil kerja perunding fesyen. Saya sebenarnya bukanlah gadis yang pandai sangat bergaya. Hingga kini, saya masih lagi bertudung `bawal’ ke mana saja saya pergi. Ia disebabkan saya belum menemui fesyen bertudung yang sesuai. Tak mungkin saya meniru gaya Waheeda atau Bienda.

“Saya mahu identiti tersendiri dan saya masih lagi cari. Buat masa sekarang, biarlah saya kekalkan apa yang ada sehingga saya bertemu dengan fesyen yang selesa,” katanya.

Seperti remaja lain, siswi tahun dua dalam bidang pendidikan biologi/kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akui dia lebih selesa mengenakan jeans dan kemeja-T apabila keluar rumah.

Bagaimanapun katanya, dia kini perlu menjaga penampilan dan imej selepas AF5 selesai.

“Banyak perkara baru yang perlu saya belajar selepas keluar AF. Kalau dulu, saya boleh bergaya ringkas tanpa solekan atau cuma pakai selipar apabila keluar rumah, sekarang susah sedikit kerana seganlah kalau orang pandang saya selekeh,” katanya yang suka warna hitam.

Heliza akui dia dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau, Sabah sejak berusia 13 tahun kerana ayahnya bertugas di Balai Polis Bergusong, Sebatik.

“Ibu saya, Latifah Mohamad, 46, berasal dari Kuala Terengganu, manakala ayah, Helmi Hasdi, 57, anak kelahiran Perak. Bagaimanapun, ayah sudah lama bertugas di Tawau, jadi hanya sesekali kami sekeluarga berpeluang bertandang ke Semenanjung.

“Selepas keluar AF, saya belum sempat balik ke kampung. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya kepada keluarga dan kampung halaman. Sekarang kami masih sibuk mengikut pelbagai agenda dan aktiviti yang diatur pihak Maestro Talent. Mungkin saya pulang ke kampung dalam sedikit masa lagi,” kata anak kedua daripada empat adik beradik itu.



53 Responses to “Heliza @ Akhbar”

  1. Emil Says:
    Gravatar

    Hee..
    Ni mcm Berita minggu last week jer.
    Betul ke abah Ija 57 tahun?.
    Belum pencen lagi ke Pak Helmi.
    atau extend, atau salah info??

    Anyway, Ija Beerehh!!!

  2. Emil Says:
    Gravatar

    Berita Minggu..last week
    Mingguan Malaysia,,this week punya la kot..
    Nak beli lah ni..
    Buat breakfast dulu ekk

    Ija beerehh!!

  3. k.ida Says:
    Gravatar

    my dear heliza, thumbs up for u! alhmdulillah niezam pn kalo x silap dh 2x tulis bnde +ve psl ija lepas abih af5 ni.. bgus sgt kalo wrtwan bole defend ktegasan ija.. tkut jgk ada yg komen -ve nnt.. tpi biasa la kn, rmbut sama hitam tpi hati lain2..

    k.ida x sbr nk tnggu coverage psl ija dlm newsppr omputih pulak, bole fans mcm ridha tu appreciate.. (salaam 2u br ridha, thank u so much for supporting our sister, heliza.. we hope 2c u in person one day )

    apepun, bravo 2u sis! keep it up n may Allah bless u!

  4. ischae Says:
    Gravatar

    aku doakan heliza xkn luferkn diri
    x mcm sorg tu..hihi
    n mekap artis ke sesape ker..
    pls respect heliza nye prinsip

  5. jeng2 Says:
    Gravatar

    Beso koci beso koci hehehehe berrehh….

  6. md_aths Says:
    Gravatar

    ekeke,bereeeh

  7. k.ida Says:
    Gravatar

    kejap td akak cuba la skodeng kt nst online dn taip heliza kt search engine dia.. ada rupanya citer psl girls power kt af5 ni n wrtwn dennis chua ke namenya tu ada komen gak psl ija.. tapi citer tu dh lama.. sblm konsert final lg.. tpi bole kot hdc or hfc simpan dlm ruang paper cutting n highlight komen psl ija tu.. bole wan n firdee ye.. thnks a lot!

  8. Firdee Says:
    Gravatar

    Emil Says:
    June 10th, 2007 at 7:34 am e

    Hee..
    Ni mcm Berita minggu last week jer.
    Betul ke abah Ija 57 tahun?.
    Belum pencen lagi ke Pak Helmi.
    atau extend, atau salah info??

    Anyway, Ija Beerehh!!!

    berita minggu last week eh.. sori le sbb saya mmg x baca paper last week…tadi surf kat bharian online nak cari yg hari ni punya tapi jumpa yg ni…tu yg saya paste kat sini …mingguan malaysia mmg hari ni punye

  9. Firdee Says:
    Gravatar

    k.ida Says:
    June 10th, 2007 at 8:35 am e

    kejap td akak cuba la skodeng kt nst online dn taip heliza kt search engine dia.. ada rupanya citer psl girls power kt af5 ni n wrtwn dennis chua ke namenya tu ada komen gak psl ija.. tapi citer tu dh lama.. sblm konsert final lg.. tpi bole kot hdc or hfc simpan dlm ruang paper cutting n highlight komen psl ija tu.. bole wan n firdee ye.. thnks a lot!

    insyaAllah k.ida…saya try cari…kalo k.ida ada simpan keratan tu email kat saya firdee82@yahoo.com…leh saya letak kat sini..

  10. houdini Says:
    Gravatar

    Abang dini risau la Liza, takut ada pihak yang cuba menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Liza

    Abang harap Liza tabah ye sayang

  11. WaWa Says:
    Gravatar

    saya lebih suka penampilan ringkas heliza. yang tudung lilitan, ala2 cicakwoman tu, pereka gaya af yang kasik. sabar aje la.

    dan ttg cukur kening, wajib sgt dielakkan.

  12. e_zura Says:
    Gravatar

    eemmm zu kagum ng pendirian n pinsip kak ija….zu hrp kak ija TEGUH m’p'thnkn pinsip kak ija…jgn la sesekali GOYAH wlpn byk dugaan y m’dtg…..INGAT,ALLAH s’tiase de b’sm kte n In’Allah ALLAH akn sentise mlindungi org ysentise mngingatiNYA N sentise berserh kpdNYA dlm pe jua keadaan……zu kt sini nk ckp skit kt sume FANS HELIZA terutamanye LELAKI LELAKI LELAKI……klu jmp kak ija,jgn hulurkn tgn….klu nk amik gambr,amik je…tp jgn hulurkn tgn….LEH X?????klu xleh xpela…..

  13. mis_ezna Says:
    Gravatar

    ye ija! akak sokong 500% prinsip ija tu. teruskan. tunjukkan kita ada harga diri dan ada prinsip sendri!!!

  14. Si Luncai Says:
    Gravatar

    Hmmm…kenyataan mcm ini lah yang akan diguna pakai musuh2 dalam selimut Heliza utk menjatuhkannya di masa depan. Lain kali jgn mudah mengeluarkan kenyataan prinsip2 ni. Tgk mcm Mawi…apa dh jadi?

  15. stretch Says:
    Gravatar

    Tatkala meniti kegemilangan, pasti semakin besar rintangan, dan itulah lumrah kehidupan.

  16. BeghehSokmo Says:
    Gravatar

    askum ija,
    sjk akhir2 ni,byk citer heliza dlm media cetak..nk popular x semestinya jd juara,betul tak kwn2? Harap heliza pegang pd prinsip tu..jgn biarkn prinsip tu sendiri yg menjatuhkan heliza..mklmlh,yg jd prinsip tulah,dia org nk cuba runtuhkn..tau2 jelh.so hrp heliza berhati2 apabila memberi kenyataan kpd media..jgn sampai dia org jdkn isu ini utk jthkn heliza..

    psssttt!! AWAS..hati2,ada wrtwn duk jeling2 kt heliza duk tgk tgn sape dulu yg hulur nk salam tu…

  17. jeng2 Says:
    Gravatar

    yer betul tu BeghehSokmo… ija tetap juara di hati peminat2 ija

  18. irza Says:
    Gravatar

    waa heliza~~ sejak akhir2 ni makin banyak berita pasal dia.. bestnye.. leh tgk muka dia yg comel tu~~~
    heliza~~ berrehhh~~~

  19. aishah Says:
    Gravatar

    hampir tiap2 hari ada cerita heliza ni.. wartawan semua nak korek cerita heliza sebab kat dlm diari heliza very reserve.. hati2 ye heliza.. so far heliza bijak menjwb soalan .. keep it up.. and 2 prinsip tu..pegang betul2 .. jgn leka.. yang laki2 tu paham2 lah jgn lah hulurkan tgn salam kat heliza.. hormatilah prinsip heliza.. sesungguhnya bersalaman dgn bukan muhrim adalah haram di sisi Islam.. semua kena pegang pada prinsip tu..hukum tu.. so jgn pura2 tak tau.. kalau yang non muslim tu kita paham lah dia tak paham.. tp kalau muslim tu jagalah adab.. wallahualam..

    heliza memang best! be humble always and InsyaAllah heliza akan berjaya..

  20. BeghehSokmo Says:
    Gravatar

    a kum heliza,
    ija ni suka pakai tudung bawal erk…sy nk hadiah kt heliza lh 1 tudung bawal.mmmm..boleh?mmmm..ija suka warna apa erk?hitam?putih?pink ?blue one?..jwp ija,jgn x jwb.kalu x jwb,sy pilih tudung bawal yg berwarna-warni,ok dok??beghehhhhhh…

    pssst!itupun kalau ija sudi terima..

  21. norzaah - S'pore Says:
    Gravatar

    salam heliza,
    kekalkan kecantikanmu yg asli tanpa perlu menambah atau mengurangkan sesuatu di wajahmu…syukur n terimalah seadanya… kecantikanmu adalah anugerah dari Allah s.w.t.

  22. AzRy Says:
    Gravatar

    iyaa..bgs kak ija..pegang 2 prinsip tuh btl2,mmg cukur bulu kening xbole..haram dlm Islam..yg salam ngn laki 2 tau2 jerla kn,we have 2 appreciate beauty dat has given frm Allah,we do not hv 2 change it..so 2 kak ija keep it up n we all alwiz support u…beerreehhh..!!!!

  23. norzaah - S'pore Says:
    Gravatar

    Aishah, i setuju sgt dgn apa yg u ckp…yang laki2 tu paham2 lah jgn lah hulurkan tgn salam kat heliza.. hormatilah prinsip heliza…minta kerjasama dari sumer…bereehhh, insya’Allah.

  24. Emil Says:
    Gravatar

    Thanks Firdee..
    Bagui la U ni, rajin & berdedikasi tOl la..
    Buat Ija, syukurlah sbb ada prinsip tersendiri..Kagum Emil.

    Beerehh!!

  25. yana Says:
    Gravatar

    gaya heliza tuh dah ade.. tudung bawal tuh gaya lah jugak.. cun.. plz jgn ubah n wt tudung cara laen.. tp waheeda nye p0n cantik.. but say no to bienda’s style!!

    heliza’s bawal!!

  26. Nana Says:
    Gravatar

    salam kak liza,
    kekalkan imej tudung bawal sampai bila2 & sentiasa berpegang teguh dgn 2 prinsip kak liza.

  27. norzaah - S'pore Says:
    Gravatar

    Salam Ija,
    I would like to share this quote with u dat i found at internet from a beautiful actress in hollywood…”Dont worry abt what u look like, worry abt who u are”.

  28. AzRy Says:
    Gravatar

    yerr btl 2 norzaah…azry sokong norzaaahhh…!!!! ija…bereeehhh…!!!

  29. cipanbakar Says:
    Gravatar

    eekkk ija jangan la main cakap2 pasal prinsip nih. tak sedap tinger bang cipan mendengarnye

  30. cipanbakar Says:
    Gravatar

    aku doakan heliza xkn luferkn diri
    x mcm sorg tu..hihi
    n mekap artis ke sesape ker..
    pls respect heliza nye prinsip

    mila??

  31. aishah Says:
    Gravatar

    ”Dont worry abt what u look like, worry abt who u are”.

    betul sgt tu norzaah… berehhh!

  32. imie Says:
    Gravatar

    setuju…. just b urself n yg selesa ngan ija… tudung bawal cantik aper
    pasti byk la “tudung bawal heliza” pas nie..huhuhu meh kita pakat pakai ramai2.
    ija pun nmpak lebih cantik dan come ngan tudung bawal… berehhh
    ija pakai mekup simple pun ok, xperlu over2

  33. imie Says:
    Gravatar

    akak pun seram skit bila artis ckp pasal prinsip nie… bukan aper, besar risikonya…org kita nie lain skit….
    whateverpun, berfikir dulu sblum btindak ok my dear…..
    kuatkan dirimu…. dan jgn lupa kami sentiasa bersamamu!

  34. ilameza Says:
    Gravatar

    thanks for d articles. ila pun nk agree dgn wat imie said..be strong and never forget that we’re always with you ija!

  35. Yana310 Says:
    Gravatar

    Syukur alhamdulillah heliza bpegang pd prinsip mcm tu,sbg peminat heliza yana bangga dgn kenyataan heliza..Yana doakan smoga heliza akn terus pegang prinsip tu smpai bila2..Teruskan pjuanganmu heliza,kmi akn sentiasa mnyokong awak n mndoakan kjayaan serta kesejahteraan awak slalu..”yana”,kite sama nick la..Mcmana ni?Hehe..Apapun ttp berehhhh~

  36. k.ida Says:
    Gravatar

    (nk try buat kotak.. jd ke x..)

    firdee, akak dh emel direct dri nst online tu.. ada dpt ke x?

  37. k.ida Says:
    Gravatar

    alamak.. x jd laa.. hazwan.. ajaran sesat ni..

  38. k.ida Says:
    Gravatar
  39. k.ida Says:
    Gravatar

    kohkohkoh.. sori la guys.. dh jd medan try n error pulak kt cni ni..

  40. k.ida Says:
    Gravatar

    insyaAllah k.ida…saya try cari…kalo k.ida ada simpan keratan tu email kat saya firdee82@yahoo.com…leh saya letak kat sini..

    try lagik..

  41. k.ida Says:
    Gravatar

    insyaAllah k.ida…saya try cari…kalo k.ida ada simpan keratan tu email kat saya firdee82@yahoo.com…leh saya letak kat sini..

    adehhh laa.. x jdik jgk kalu.. akak bakar pc ni jd mcm cipanbakar

  42. k.ida Says:
    Gravatar

    xmo buat lah.. majuk.. nk g bakar pc la pulok..

  43. pixy Says:
    Gravatar

    test

  44. faid Says:
    Gravatar

    Syabas!Heliza dgn prinsip yg dinyatakan. Dugaan pasti kan datang dan teguhlah dengan pendirian mu Za..Allah sentiasa bersama kita.With good intention, everything will be BEREH!!!!!!!!Dun worry.

    LUV U ALWIZ…Waa esok dah naik sekolah.

  45. huda shazwieda Says:
    Gravatar

    you go girl!! u r not alone….

  46. Siti Nurhaliza Says:
    Gravatar

    ischae Says:
    June 10th, 2007 at 8:09 am
    aku doakan heliza xkn luferkn diri
    x mcm sorg tu..hihi
    n mekap artis ke sesape ker..
    pls respect heliza nye prinsip

    cipanbakar Says:
    June 10th, 2007 at 3:13 pm
    mila??

    Diniiii…

  47. Syad Witherspoon Says:
    Gravatar

  48. Syad Witherspoon Says:
    Gravatar

    asal dini yg kene? bukan cipan ke yg cakap?

  49. Siti Nurhaliza Says:
    Gravatar

    eh silap!
    Cipaaan..
    ..ha..

  50. kecu Says:
    Gravatar

    IJA EKCELI BAGUS CARA IJA RESERVE DIRI IJA YG SEBENAR.. COZ ITU AKAN MEMBUAT WARTAWAN SENTIASA MENCARI IJA. DAN SENTIASA INGIN KAN SESUATU YG BARU DARI IJA..

    IJA RESERVE DULU APA YG PATUT.. JGN KLUARKAN SEMUA.. NANTI PEMINAT PUN BOSAN.. CT CTH TERBAIK. SKG NIE SELEPAS 10 THN BARULAH RASANYA DAH TAK ADA APA YG WARTAWAN N PEMINAT BLEH GALI PSL CT..

    LAGI SATU PSL PENDIRIAN IJA TAK NAK CUKUR KENING N SALAM NGAN LELAKI.. BENDA NIE AGAK BERAT JUGAK.. IJA KENA PEGANG BETUL2. COZ SILAP SIKIT JEEE SURE IJA KENA TEMBAK.

    STATEMENT IJA.. “IJA TAKKAN HULUR TGN KAT LELAKI TETAPI AKAN SAMBUT KLU DIORANG YG HULUR DULU..”
    (SOKLAN RAMALAN YG BAKAL DITANYA WARTAWAN) - “APA BEZANYA IJA TAK HULUR DULU DGN IJA SAMBUT SALAM LELAKI.. TAK ADA BEZANYA.. COZ PENYUDAHNYA TETAP GAK BERSALAMAN NGAN LELAKI.

    IJA KENA BERSEDIA DGN JAWAPAN KEPADA SOKLAN2 YG BERKAITAN SEPERTI INI.

    OK.. TAKE CARE IJA…

  51. mas Says:
    Gravatar

    Good Luck ija:-)

  52. Shah Says:
    Gravatar

    nak tak nak…klu dah terjun donia hiburan nih..salam bersalaman tuh dah kemestian..klu xnak salam lebih elok xyah jd artis..sbb peminat2 sure nak salam punya..nak pulak klu ngadap tetamu2 VIP ker..sure bersalaman..so mmg xleh elak

    ija nih ape yg aku paham dia cube untuk mengelak dr memulakan bersalaman..tetapi utk tidak memalukn org yg hulurkan salam..dia akn sambut..pd aku OK la tu tuk artis bertudung cam dia..

    bab cukur2 kening ni plak..sendiri mau ingat la kan..ekeke

  53. Your Name Aryn29 Says:
    Gravatar

    buatlah mana yang baik heliza…kita sebagai peminat akan sentiasa support heliza..no matter what…betul kata niezam..klw dah tetapkan pendirian, try to pegang sebaiknya…so heliza kena hati2 dik…tak nak kcw kening tu, satu prinsip yg bagus..tentang tak besalam pun sstu perkara yg bagus..k.Aryn sokong! cuma rase2 benda nie pasti nanti org suka nak cari kesalahan..takpe,kite akan tetap sokong prinsip heliza…

    agak2nyer nanti banyaklah jejaka2 yg senghaja hulur tangan nak salam
    …huhuhuhu…

    oklah, heliza, smart girl…k.Aryn doakan agar heliza selalu dilindungi daripada fitnah n kejahatan orang lain….K.Aryn percaya heliza bleh handle apa jua rintangan yg mendatang..be strong dik…kita semua akan berdiri teguh disemua penjuru..aiseywomen!! bereeh! :

Leave a Reply