Heliza @ Akhbar 080607


HARIAN METRO

Memang berbaloi
Oleh Rudy Imran Shamsudin

Tabah hadapi tohmah: Heliza sedih dituduh hipokrit kerana pakai tudung dan bersalaman dengan lelakiTINDAKAN Nur Heliza Helmi, 21, (Heliza) meninggalkan pengajian buat sementara semata-mata mahu menyertai Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5), mungkin dilihat segelintir pihak sebagai langkah tidak bijak.

Apakan tidak, Heliza sepatutnya meneruskan pengajian di tahun dua dalam jurusan Pendidikan Biologi di Universiti Malaysia Sabah, malangnya terpaksa ditangguhkan bagi mengejar cita-cita di bidang seni.

Ketika ditemui, Haliza tidak menafikan dia berhadapan dengan tekanan sebelum membuat keputusan menangguhkan pengajian. Ini kerana tawaran menyertai AF5 pada detik dia berhadapan dengan peperiksaan akhir semester.

“Saya agak bingung juga ketika itu. Namun, selepas diterangkan sebab mengapa saya mahu menyertai AF5, kedua ibu bapa saya mahupun pensyarah di universiti mulai faham. Sejak dulu mereka sedar minat saya suka menyanyi. Ibu dan ayah mula mengesan minat saya di bidang nyanyian sejak usia saya lima tahun.

“Pihak universiti pula mengesan bakat saya berikutan pembabitan saya dengan pelbagai program hiburan. Agak mengejutkan saya apabila sebahagian pensyarah memberi perangsang supaya saya meneruskan usaha itu,” katanya.

Menurut Heliza, kalangan pensyarahnya berpendapat dengan menyertai AF5 sekurang-kurangnya dia berpeluang belajar sesuatu yang baru berbeza dengan pengajian di bilik kuliah. Pada dasarnya motif Heliza menyertai AF5 hanya satu iaitu mahu menimba ilmu berkaitan bidang seni ketika usia muda dan mempunyai peluang.

“Jika tawaran menyertai pertandingan nyanyian biasa mungkin saya menolak. Berbeza AF, selain mencungkil bakat muda, ia turut memberikan bimbingan kepada peserta. Sesi latihan sepanjang tiga bulan bagi saya satu pengorbanan berbaloi. Ini jelas, banyak ilmu seni seperti persembahan dan vokal dapat saya timba,” katanya.

Sekalipun sudah berada di kancah selebriti, Heliza tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk menghadiahkan segulung ijazah kepada ibu bapa yang banyak berkorban sebelum ini.

Kata Heliza, selepas setahun bernaung di bawah syarikat pengurusan Maestro Talent and Management, dia merancang kembali menyambung pengajian. Seterusnya barulah dia akan memikirkan sama ada mahu menjadi penyanyi atau guru.

Menyorot pembabitannya dalam AF5, Heliza tidak menafikan ada beberapa isu dibangkitkan terutama membabitkan imejnya yang bertudung menimbulkan rasa kurang senang kepadanya mahupun keluarga.

Bukan itu saja, menerusi rancangan bual bicara Chat@15 ada peminat fanatik mewakili peserta AF yang lain turut menjadikan laman itu medan mengutuk dirinya dengan menuduh Heliza hipokrit.

“Saya mengikuti rancangan itu sejak diterbitkan. Sedikit sebanyak cemuhan dan kritikan tidak berasas itu saya dapat terima walaupun dalam waktu sama tidak dinafikan ia menguris perasaan saya.

“Sebaliknya, saya sedar itulah harga yang harus saya terima. Cuma apa yang saya bimbangkan apabila isu saya bertudung dan bersalaman dengan lelaki ditimbulkan, ia kelak memberikan implikasi buruk.

“Terus-terang saya katakan, saya memakai tudung sejak masuk matrikulasi di universiti dan bukan sejak kecil. Sukar untuk saya komen mengenai perkara ini mahupun isu bersalaman dengan lelaki kerana ia terlalu sensitif.

“Jalan terbaik, biarlah saya tidak memberikan sebarang komen. Bukan tidak rasional, cuma jika tersalah tafsir, ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Heliza menjelaskan selama ini dia bukan sombong dan berpura-pura seperti dakwaan peminat setia rancangan realiti TV itu. Sebaliknya sikapnya agak pendiam sudah disalah tafsir.

“Saya sedar sikap semula jadi saya itu dan sekarang ini pun saya sedang belajar mengatasinya. Saya bukan sombong, sebaliknya seorang pendiam, apatah lagi kalau bertemu orang tidak pernah saya kenali.

“Kalau jumpa orang yang saya kenal, saya bercakap sampai payah nak berhenti. Saya berharap peminat tidak bersikap ‘menilai buku berdasarkan kulitnya’ terhadap saya,” katanya.

BERITA HARIAN

Cabar diri
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Heliza tetap berhasrat tamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah

LIRIKAN matanya yang tersenyum memancarkan cahaya ketulusan. Seraut wajah manis milik Nur Heliza Helmi (gambar) ini mampu mencairkan hati lelaki. Heliza - namanya kini meniti di bibir lewat kemunculan selama 10 minggu menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelima.

Sepuluh minggu yang menghadiahkan tempat keempat dalam pencarian juara baru program realiti popular itu adalah antara detik gemilang sepanjang usianya selama 21 tahun.

Daripada gadis biasa yang menyandang gelaran pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini percikan sinar glamor mula menyimbah perjalanannya. Bagaimana warna baru kehidupannya, Heliza sendiri tertanya-tanya corak yang bakal diukir.

Namun sesuatu yang pasti, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu tetapi membesar di Tawau, Sabah ini ingin menyelami dunia baru yang sebelum ini hanya dikenali menerusi paparan media.

Bekalan tiga bulan di akademi, disokong tenaga pengajar profesional yang serius membentuk dirinya serta 14 rakan yang lain, Heliza menanam angan untuk bergelar anak seni. Bukan limpahan glamor yang dinilai daripada pandangan mata kasar, sebaliknya dia ingin dikenali kerana bakat dan kewibawaannya.

Lantaran itu, Heliza tidak teragak-agak untuk menunda pengajiannya dalam bidang Pendidikan Biologi/Kimia di UMS selama setahun demi ingin membina tapak di pentas seni. Mengapa begitu berani Heliza memperjudikan masa depannya?

“Saya ingin menikmati dulu perjalanan hidup yang bermula ini. Sejujurnya saya sendiri sukar untuk meramal apa yang akan berlaku, tetapi saya mencabar diri untuk terlebih dulu mencuba,” katanya pada satu sesi pertemuan dengan Hip, baru-baru ini.

Mungkin dulu dia keliru untuk memilih, antara pelajaran dan kecintaan terhadap nyanyian yang sudah menghuni sudut hati namun dia akur keputusan tegas perlu dilakukan.

Sedapat mungkin dia ingin cuba mengimbangi antara dua bidang itu. Heliza akhirnya akur peluang dalam bidang seni mungkin hanya datang sekali dalam hidupnya. Lalu peluang itu direbut dan tekannya pada pertemuan itu, dia serius mahu mendalami bidang seni.

“Nyanyian juga satu cabang ilmu dan saya memilih untuk memahami selok belok kehidupan sebagai anak seni dulu. Tetapi saya tidak akan sesekali melupakan akademik. Apapun terjadi saya akan selesaikan juga pengajian di UMS,” katanya.

Akuinya, percubaan menghadiri sesi uji bakat AF5 dulu sekadar untuk mencuba nasib. Tidak pernah terlintas di fikirannya akan tersenarai dalam Top 16. Heliza ke sana kerana cintakan ilmu. Kecintaan itu juga menuntut Heliza melakukan pengorbanan besar. Ketika teman sekelasnya bertungkus lumus membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan akhir semester, Heliza yang juga penuntut tahun kedua memilih untuk tidak menduduki peperiksaan itu.

“Sebaliknya saya berkemas untuk ke Kuala Lumpur menyertai AF5. Saya tidak kesal dengan keputusan ini. Memang jika difikirkan rugi kerana saya terpaksa mengulang semula apa yang sudah dipelajari semester itu.

“Tetapi saya menyertai AF5 juga untuk ilmu. Saya tidak rugi apa-apa. Sebaliknya saya menimba pengetahuan baru yang tidak semua orang berpeluang mendapat tawaran berharga itu,” katanya.

Jangan menilai luaran

MELIHAT dari luaran, pasti ada yang menyangka gadis bertudung ini sukar untuk didekati. Awal pertemuan ini juga, dia yang datang ditemani empat finalis lain lebih banyak berdiam diri. Dia seperti berada dalam dunianya sendiri. Namun, itu tidak bermakna dia sombong atau meninggi diri. Katanya, dia pemalu tetapi apabila sudah selesa, Heliza bebas untuk berkongsi apa saja cerita.

Tanpa berselindung dia memberitahu, memang itu karektor dirinya.

“Tetapi jangan terlalu cepat menilai. Kenali saya dulu pasti anda akan mengenali warna sebenar Heliza,” katanya, menyusun perkataan penuh berhati-hati.

Tidak menolak perjalanan seni terutama bagi gadis bertudung sepertinya memberikan cabaran yang cukup besar, Heliza berkata, dia sentiasa mengingatkan dirinya akan batasan dalam dunia yang terbuka ini.

Baginya, ujian akan sentiasa menanti namun dia berdoa kepada Tuhan supaya diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Paling membimbangkannya, kesilapan kecil yang akan diperbesarkan hanya kerana dia bertudung,” katanya.



40 Responses to “Heliza @ Akhbar 080607”

  1. huda shazwieda Says:
    Gravatar

    apa pun, huda nk bgtau sini, ija x hipokrit & dan x sombong. sume tu speku jer..biasala gossip hiburan..ija cyg sume fans dia! dun worry! keep supporting her!

  2. msnazs86 Says:
    Gravatar

    betape bijaknye heliza menjawab semua soklan2.ringkas,padat dan tepat.terserlah kewibawaan beliau..keep up the good work ija..!!

  3. Nana Says:
    Gravatar

    kak liza memang pandai jawab semua soalan yg diajukan..kt dpt lihat kematangannya dlm jawapan yg diberikan..good work kak liza!

  4. TUAN Says:
    Gravatar

    ya,kita tak blh menilai org dari segi luaran je…..yg penting kita kena kenal dulu baru tau……siapa manusia yang sebenarnya…….tak kenal maka tak cinta betul tak……ija….. drp TUAN……

  5. TUAN Says:
    Gravatar

    Ya kita tak blh menilai orang dari segi luaran je…yang penting kita kena kenal hati budi seseorang dulu……baru boleh menilainya……tak kenal maka tak cinta…….betul tak ija…..syabas kerana membalas dgn jawapan yg bernas….syabas heliza……

  6. Kak Zeq Says:
    Gravatar

    ha ah nya… ngan org yg kita x brp kenal apekehe nya nak tegedik2 plak kan kan kan..
    bior le apa org nk kata..
    yg penting ija ikhlas layan peminat dia yg dah tegila2 babas nih

  7. arianna Says:
    Gravatar

    bagos2…jawapan yg die bagi..

  8. Norzaah -S'pore Says:
    Gravatar

    Assalamu’alaikum Heliza,

    Kak Norzaah akan terus dan tetap sokong Heliza selagi Heliza bergelar anak seni… begitu juga akan terus mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan ciptaan Allah di dunia ini, insya’Allah, Amin ya Rabbal ‘Alamin.

  9. Norzaah -S'pore Says:
    Gravatar

    Heliza, stay strong…we are all behind u…no matter wahat..

  10. genUmi Says:
    Gravatar

    selagi u seperti diri u

    akak akan tetap menyokong ija

  11. hani Says:
    Gravatar

    biar ape pun org kt hani ttp sokong akak.hrp k.heliza tabah menghadapi ape jua keadaan di dlm industri hiburan.

  12. scapula Says:
    Gravatar

    TAK KENL MKA TAK CINTA..SIS IJA MMG BJAK MENGKIS SKLAN2 VUDUSS Y IGN M’JTHKN SIS IJA..E2 R KLBHN SIS IJA..EDUCATED N XLUPE PD FANSS..I LAP U SIS

  13. kak meet Says:
    Gravatar

    ija..jadikan setiap dugaan sbg semangat utk kita mencapai kejayaan..u be yr self..thats the imptnt thg..kak meet stiasa supprt ija..sbb naluri kak meet berkata ija adlh insan yg jujur pd diri sendiri..always luv u sis…

  14. prcyalah syg Says:
    Gravatar

    waa bestnye arini bace cte ija je kt sorat kabo..
    jwpn yg diberikn ija pon sgt bernas…waa bertambah syg la
    ija, maintainkn your attitude ok…
    ija mmg best la….pndai jwb soklan yer…bravo!!!
    kekalkn imej bertudung smpai ble2 ok…biaq pi org yg xsuke kt hang tu…lantak depa nk kata pe…..

  15. beghehsokmo Says:
    Gravatar

    askum..

    Bagus jawapan Heliza.Harap Ija akan kotakan janji Ija untuk tamatkan pengajian.Itu tanda terima kasih kita kepada orang tua kita.Ija kena ingat bahawa Ija amat bertuah dipilih berada di IPTA memandangkan puluhan ribu org yang berada di luar pagar IPTA, yang tak dapat peluang ke sana.So jangan lepas kan apa yang ada digenggaman…dah jadi anak seni nanti,pandai2 lah bahagikan masa.ye..Be yourself..

    Mana ada manusia yang jujur dalam dunia ni, walau sedikit mesti ada sifat hipokrit.Dengan diri kita sendiri pun,kita tak jujur. Kalau tak percaya, tepuk dada,tanyalah diri sendiri..Betul tak? terutama dalam bab2 bercinta..
    k.good luck heliza.

  16. hazwan Says:
    Gravatar

    Mana ada manusia yang jujur

    dalam dunia ni, walau sedikit mesti ada sifat hipokrit.Dengan diri kita sendiri pun,kita tak jujur. Kalau tak percaya, tepuk dada,tanyalah diri sendiri..Betul tak? terutama dalam bab2 bercinta..
    k.good luck heliza.

    sggh dlm mksdmu itu…

  17. Aryn29 Says:
    Gravatar

    Bravo heliza!! jawapan yang bernas..tulah..memang heliza nie bijaaakkkk sangat…
    bereeeh!!memang heliza tak sombong..u all jumpa nanti tahulah macamana heliza..
    percayalaaaaah~~~memang best!

  18. Norzaah -S'pore Says:
    Gravatar

    salam,
    betul tu, dlm pergaulan kita sehari2, ada masanya kita terpaksa bersifat pura2 demi menjaga hati org di sekeliling kita…kita kena sesuaikan diri mengikut keadaan…

  19. kak meet Says:
    Gravatar

    Aryn29..smasa dbrunei pelajar af mana yg plg ramai peminat ekk..

  20. Yana310 Says:
    Gravatar

    Assalamua’laikum sumer..Kiteorg sbg pminat heliza,mnerima heliza seadanya..Tabahkan hati n kuatkan smangat heliza..Kiteorg akn sntiasa mnyokong heliza smpai bila2 pun..Jgn pedulikan mrk yg mngutuk heliza,jadikan sja smua itu sbg 1 cabaran utk heliza mmperbaiki diri sndiri..
    Heliza 1 dlm sjuta..
    Berehhh~
    “cinta d lautan lalang”

  21. e_zura Says:
    Gravatar

    kak ija mmg pndi b’ckp…die kn educated…papepn kteorg sume sokong kak ija…moga2 jnj kak ija nk smbg blaja,dtunaikn…tkut klu xditunaikn org len akn slh fhm n fans kak ija akn kecewa…pentingkn PELAJARN…kerna ALLAH……

  22. smak Says:
    Gravatar

    mmg best jwpn ija..yes dont judge the book by its cover kate tok moyang aku…err..nih cdgn je..ape kate ija sambung blaja kat u area slgr je..senang utk ija manage akt seni & peljrn..ape2pn this is just suggestion..ape2pn still support ija till the very end insyaAllah..

  23. sct Says:
    Gravatar

    sokong… at all cost!

  24. Allif Zulkarnain Says:
    Gravatar

    pe pn , aku skong Ija , berehhhhh…………..

  25. aishah Says:
    Gravatar

    heliza, this is all a challenge for u.. tak semua org suka kat heliza.. pasti banyak cabaran yang akan heliza hadapi nanti… semuanya dugaan drpd Allah untuk menilai sejauh mana kesabaran heliza.. stay strong and ingat Allah selalu.. pasti Allah akan mempermudahkan jalannya nanti.. berehhhh!

  26. sAL86 Says:
    Gravatar

    Nampak pada gayanye IJA ni lebih FOFULAR daripada Juara AF5 la plaksss… Kenapa??

    PLASTIK… HIPOKRIT … Aaaaah tak kesahlah … janji dia lebih FOFULARRR …. itu yang kak non and semer sukerrr .. ye dak semer??

    Untuk FOFULAR tak semestinya perlu menjadi JUARA …. Yang penting BeErRRReEEEHHHhhhh!!!!

  27. sAL86 Says:
    Gravatar

    Papepun … PELAJARAN harus diutamakan …

    Maju Diri, Maju Agama, Maju Bangsa, Maju Negara adalah kerana ILMU… Tanpa ILMU dan AMAL manusia tidak akan kemana …..

    So IJA… selagi ada peluang tuntut ILMU… tuntutlah … Sambung Pelajaran tu yea…

    Ganu kita BeErRRReEEEHHHhhhh sokmo!!

    We all sentiasa sokong IJA…

  28. sct Says:
    Gravatar

    betul tu aishah,
    teringat kisah bapak & anak naik unta..
    dua-dua naik unta, org kata “sian kat unta.. tersiksa dua org skali naik”
    bapak naik anak jalan, org kata “apa punyer bapak, suh anak jln kaki..”
    anak naik bapak jalan, org kata “apa punya anak, suh bapak jln kaki..”
    dua-dua jalan kaki tarik unta, org kata “bodoh punya org, ada unta takmo naik..”

  29. sct Says:
    Gravatar

    moral of the story.. org akan cakap x kira apa kita buat..

  30. aishah Says:
    Gravatar

    betul sgt tu sct…kita takkan dpt puaskan hati semua org..apa2 pun just be yourself and buat apa yang terbaik untuk diri dan sesiapa juga yang menghargai diri kita asalkan tidak melanggar batas2 Islam.. berehhh!

  31. Emil Says:
    Gravatar

    BetOl,BetOl Emil sokong sct & Aishah..
    Apa-apa pun, mmg salute Ija yg pandai beri jawapan yg bernas..

    Kalau boleh X nak satu ari nnt dgr apa-apa jwapan cam Mawi tuh dari Ija…

    “Peminat sokong bukan saya yang surOh”..’

    Album X laku:
    “Tak laku X apa, buat show 1/2 jm ke 1 jam dah dapat beribu..”

    Sombongnya jawapan mamat tu..
    Menyampah sbb X educated punya jawapan..

    Heliza Beerehhh!!!

  32. angelsoul86 Says:
    Gravatar

    ….nampaknya peminat heliza bijak cam heliza jugak……
    biasalah tu…manusia….sentiasa cari kesilapan n kelemahan…..yang lain tak nampak pulak…
    yang penting kita smua tau camner sebenarnya heliza nie….
    ….ingat sambung study tau! kalo tak rugi aku aja ko maths…..wakaka….=p

  33. Norzaah -S'pore Says:
    Gravatar

    Salam,
    heliza is a smart, educated and thinking person…dia tak akan melakukan sesuatu dgn terburu2 tanpa memikirkan baik dan buruknya…May Allah bless u, heliza.

  34. mis_ezna Says:
    Gravatar

    diam2 ubi berisi. cayala heliza!! dia tak sombong coz i’ve met her. dia memberi respon yg sy sendri tak sangka. bagus ija!!! bagus jugak dia ngaku bila dia start pakai tudung. tak kisah la tuh stat bila.. janji dia tau apa yg agama suruh, at least dia nk berubah jugak jd yg lebih baik. cayalah ija!!!

  35. لن رسسو Says:
    Gravatar

    Apapun… perjuangan harus diteruskan tidak kira dalam bidang akademik atau seni..

  36. cipanbakar Says:
    Gravatar

    heliza, janganlah sambung blaja

  37. k.ida Says:
    Gravatar

    Aikk cipan.. apehel la pulak xmo bg ija studi.. jgn la cmtu brader..

  38. Aryn29 Says:
    Gravatar

    kak meet..susah nak cakap student mana yg lbh pemes kat Brunei..sbb..dorang dtg, peminat pun banyak yg tak tahu …

  39. norzaah - S'pore Says:
    Gravatar

    sedih ah, tak dpt nak beli suratkabar yg ada citer pasal heliza, tak dpt nak buat koleksi…

  40. cipanbakar Says:
    Gravatar

    Aikk cipan.. apehel la pulak xmo bg ija studi.. jgn la cmtu brader..

    blaja tak semestinya pendidikan formal berteraskan falsafah pendidikan negara. teruskan blaja untuk jadik artis yg lebih baik pun kire blaja jugak..

    ija, jangan sambung blaja kat ums tau

Leave a Reply