This entry was posted on Sunday, June 3rd, 2007 at 8:40 am and is filed under Keratan Akhbar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Klik Terkini
Jom Borak
Laman Berkaitan
- Heliza Bereh
- Heliza's Wikipedia
- Heliza's Friendster
- Heliza's Smart G
- Joe Klubbkidd
- Budiey
- Firdee
- Blog Mata
- Warna Diri
Rakan-rakan AF
- Afiq
- Aizat
- Aswad
- Candy's Blog
- Candy FC
- Dafi FC
- Dekna
- Ebi
- Farha
- Mila
- Noni
- Rizal
- Shawal
- Ika AF6
- Nadia AF6

Mingguan Malaysia 3/6/07
Penjelasan Heliza mengenai anak doktor
Oleh: NIEZAM ABDULLAH
PERTAMA kali muncul dalam konsert mingguan Akademi Fantasia (AF) kira-kira tiga bulan lalu, ramai yang memuji penampilan Heliza.
Dia kelihatan cantik dan manis. Imej bertudung yang dibawanya itu mengalahkan selebriti bertudung lain.
Dia lincah di atas pentas sehingga kadangkala ada yang beranggapan imej yang dibawanya itu seperti ‘tidak kena tempat’.
Situasi itu menyebabkan gadis berusia 21 tahun ini dianggap ‘plastik’ atau dalam erti kata lain hipokrit.
Ini kerana dia dikatakan pandai ‘berpura-pura’ di hadapan kamera sebaliknya watak sebenarnya Heliza tidak seperti itu.
‘‘Watak saya memang berubah-rubah. Kadangkala kali pertama bertemu seseorang, saya boleh berkawan baik. Ada ketikanya kenal lama pun belum tentu boleh baik,’’ katanya.
Tidak dinafikan ada orang yang jenis seperti itu. Mengambil masa berbulan-bulan untuk berkawan rapat dengan seseorang dan ada kalanya dalam masa beberapa minit hubungan boleh menjadi intim.
Menolak sifatnya sebagai gadis yang hipokrit jelas Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi, dia juga terkejut bagaimana cerita itu boleh timbul sebelum dia keluar dari AF lagi.
Menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu ini sudah bersedia memikul segala pahit maung ‘dunia baru’ yang bakal ditempuhnya itu.
Mengakui keadaan hidupnya sudah berubah selepas keluar daripada AF, Heliza kadangkala dihantui perasaan takut menempuh dunia hiburan yang dianggap penuh dengan cabaran.
Bagaimanapun atas nasihat tenaga pengajar semasa di dalam akademi dahulu, maka Heliza menjadikan ia sebagai panduan untuk berada dalam keadaan selesa dalam dunia yang dipilihnya itu.
‘‘Saya memang gentar dan terus terang takut untuk berhadapan dengan pengalaman baru ini. Tetapi ia adalah pilihan saya dan saya perlu meneruskannya juga,’’ terang Heliza.
Bercerita pengalaman pertamanya berhadapan dengan khalayak selepas tamat program realiti itu jelas Heliza, dia dengan keluarganya berjalan-jalan di pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Ketika itu Heliza terkejut kenapa orang semua memandangnya. Dan akhirnya barulah dia mengetahui rupanya dia sudah menjadi ‘public figure’.
‘‘Mulanya saya tidak menganggap apa-apa tetapi apabila terlalu ramai yang memandang dan memanggil nama saya Heliza, baru saya perasan yang saya perlulah menjaga tatatertib apabila berada di khalayak,’’ katanya.
Bercerita mengenai teman hidup, secara jujur gadis yang sedang menuntut dalam pengajian sains di Universiti Malaysia Sarawak ini memberitahu, masih tidak mempunyai kekasih hati walaupun dikaitkan bercinta dengan rakan AF iaitu Ebi.
Bagaimanapun dia tidak menafikan berkawan dengan seorang pelajar perubatan yang kini menuntut di Rusia.
Mereka mula mengenali ketika sama-sama mengikuti program matrikulasi di Labuan tetapi hubungan itu tidaklah serius seperti pasangan kekasih.
‘‘Memang jejaka itu kawan saya. Dia juga anak kepada seorang doktor di Tawau. Kami agak rapat tetapi sebagai sahabat. Tidak lebih daripada itu.
‘‘Selepas meneruskan pelajaran di universiti masing-masing, hubungan kami terus putus apatah lagi dia sekarang ini berada di Rusia,’’ katanya.
Heliza juga menolak dia cuba merahsiakan kisah hubungan itu sebagaimana yang diluahkan oleh penonton menerusi saluran @15 Astro.
Sebaliknya jelas gadis itu dia masih belum bersedia untuk memikirkan soal kekasih hati kerana ingin memberi tumpuan terlebih dahulu dalam pelajaran yang sudah dua semeter tertangguh.
‘‘Insya-Allah pada bulan Disember nanti saya akan menyambung pengajian saya semula kerana pada masa ini saya mahu beri tumpuan dalam bidang seni terlebih dahulu.
‘‘Pada saya pelajaran itu lebih penting dan saya sudah berjanji kepada keluarga untuk tidak mengabaikannya,’’ terang Heliza.
Sepintas lalu
Nama penuh: Nur Heliza Helmi
Nama panggilan: Heliza
Tarikh lahir: 3 Februari 1986
Tempat lahir: Kuala Terengganu
Tinggi: 155 sentimeter
Berat: 42 kilogram
Pendidikan: Penuntut Universiti Malaysia Sarawak
Hobi: Menyanyi
Bilangan dalam keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Minuman kesukaan: Milo ais, sirap Bandung dan cincau
Penyanyi kesukaan: Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar
Pelakon kesukaan: Rosyam Nor
Filem pujaan: Bujang Lapok
E-mel: lizardcun@yahoo.com
Alamat: Maestro Talent And Management Sdn. Bhd. 71-3, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit damansara, 50490, Kuala Lumpur.
63 Responses to “Mingguan Malaysia 3/6/07”
Leave a Reply





dah jadi public figure mesti ramai yg akan dtg berjumpa kalo terserempak…
yess..mmg dah jai public figure dik..kena jaga tatasusila yer..maklum jerlah..kadang2 orang sengaja nak cari kesalahan..neway, juz be yourself dear..be nice to others k..tangani every masalah dgn bijaksana..ija kan bijak..akak gerenti mesti heliza boleh menghadapinya…sabar and tabah selalu ya dik!! jgn mudah putus asa..akak sokong 100% heliza sambung belajar coz dgn pelajaran org akan respek u..klw nanti heliza dah ada pilihan hati, jgn lupa share2 dgn kite peminat setia taw..
Jejaka doktor tu hensem ker heliza??
saja jer…gurau..hensem ker dik??? 
best nye!!! cuba kowg tgk betul2 jam ija tu,kaler ala2pink tu nmpk sikit jer..
best giler, jam tu adalah pemberian dariku, Ija tq! pakai gak jam kak huda bg tu..bai thanks bg tau eks..Ija cyg akak x kesah ija ada bf ke x ker..tu hak Ija, akak sokong Ija slalu..begheh!!! 
one more thing..bereeeh!!!
wah..congrats kak huda..ternyata heliza menghargai segala usaha akak..bertambah sayanglah akak dgn adik heliza tu..memang u best kak huda!!
Heliza kawan je kan dengan pelajar perubatan tu kan Liza sayang kan kan kan
Hee..Sukernya tgk Ija kuar kat Mingguan & Berita Minggu ari ni.
Pasal bakal dokter tuh, apa salahnya kot?.
Agknya dia ensem yek?.
Suker Emil bila Ija kata nk sambung belaja..Yes, keep it up
Apa2 pung, kami sokong apa yg Ija buat
Berehh!!
meroyanla ko houdini oiii…hahaha..dgr cite guy tu hensem..abisla..
Heliza tak pentingkan paras rupa
Yang penting boleh terima diri Heliza seadanya
saya sokong 100% kak heliza nak sambung belajar balik coz ia amat penting utk masa depan kt..tentang kak heliza dah ada bf ke belum,saya x kisah dan itu hak kak heliza.apapun saya akan sokong kak heliza sampai bila2.
Hii houdinii,
Dalamm.mm maksud Heliza, bila dia terima dia seadanya tuh..
Sbb yang dia ada mungkin,,ampunn
terlebihh.lebih..yang mu boleh offer sekarang nih..
Maklum ler dah jadik public figure skang nih..
So, carik ler yg lebihh..lebihh tu. kalau bekenan..
Gurau jer..
Mingguan nih, typo error kot.
Ada ker Universiti Malaysia Sarawak??
Bukan Sabah ker?.
Dalam Berita minggu lak, ayah Heliza umur 57 tahun..belum pencen ker Pak Helmi kalau dah lebih 55 tahun?..
Press ni pung kadang2, X prihatin bab-2 ni..
hai heliza dh mkn ke lom,saje tanye
hoho. aku bace biodata diri heliza tu, drpd UMS jadi UNIMAS pula. sabar aje laaa.. sape la wartawan yg tulis artikel ni. main belasah aje!
mmg hampeh le wartawan tu x cek typo error yg dia buat…tapi kali ums terus ke unimas tu typo error gak ke?
Aryn29 Says:
June 3rd, 2007 at 10:19 am
wah..congrats kak huda..ternyata heliza menghargai segala usaha akak..bertambah sayanglah akak dgn adik heliza tu..memang u best kak huda!!
hehe..aryn29 tu la…tq aryn29 cuz support helizafc.com n heliza.com! cyg aryn gaks!
two thumbs up heliza!

pagi2 tadi on the way nak pegi sungai besar, i dah beli suratkhabar…terus cari mukasurat yg ada pasal heliza, nampak gambar heliza aje senyum2 sendiri, hepi cgt
firdee, takkan la universiti malaysia sabah boleh silap jadi universiti malaysia sarawak? nampak sgt diaorg ni main belasah aje. ntah2 sbb org slalu ckp UMS, die pon igt S tu stands for sarawak. buat aku geram je. igt sabah xde uni ke? hoho.. sabo aje la dgn wartawan tu..
masalahnye.. dorang ni tak wat research ke? bukan dah 10minggu plus 2 minggu (lepas AF sampai arini) heliza and astro dah sebut bebanyak kali ke yg dia blajo kat Universiti Malaysia Sabah? Kat mane dorang leh tercicir?
biasa dah ums tu org ingat universiti malaysia sarawak.. main hentam je reporter ni.. universiti malaysia sarawak should be unimas ..universiti malaysia sabah should be ums.. tak peka langsung reporters ni.. dlm dokumentari kat rtm pun slalu camtu.. ini boleh mendatangkan marah org sabah srwk ni hehehe
Kenapa reporter hiburan suka mengambil langkah mudah? saya mengerti mengapa mereka tersilap..sbb mereka adalah dlm line hiburan…maybe typo.. think +ve
Ija belajar rajin2 ek..
Pagi2 saya dh grab sumer paper yg ade. Cari pasal Heliza back to back. Tamil Nesan kalo ada pun akak beli. Tahniah sebab berterus-terang pasal doktor Rusia tu.Bagi hint je dah cukup.U know better dear.
Suka dgr ija nk terus blajar.Nyanyian bley sambil2. Ala2 kokurikulum gitu.Buat release tension.Apapun pilihan ditanganmu dan saya doakan Ija sentiasa mendapat rahmatNya.
Jom nengok Hj Bakhil kat TV. X yah over tp dialog sungguh mengesankan.
dINI…
makan byk beno…camne nak kurus ni..tolong bagi advice skit leh?
cayang n windu kak ija!!!
Kalau perasan dalam Utusan nyer paper, bahagian pancaindera tu… bukan yg online, ada 2 kesalahan yg aku dapat cam.. satu ialah pasal universiti malaysia sarawak, satu lagi kalau perasan emel heliza dia tulis lizordcun@yahoo.com, patut lizardcun@yahoo.com… wartawan mmg tak buat homework!!
bukan emel heliza tu lizerdcun@yahoo.com ke psychic…?..
ooo.. nie lee baju yg heliza kata tu ek… takpa2 ok jee… pelan2 kayuh.. dah lama2 nanti bleh aaa bantah secara diplomatik.
kat B.popular pun ada gak cerita psl heliza…
tak care yee heliza..
way to go gurl.
nak sambung study..mmg elok tuh..saya sokong 200% ahaks..
dulu kehidupan ija lain musti sekrg ija terasa perubahan dia..hehhe…tahniah ija…
Heliza, I am encouraging you to finish your studies. You can do two things at a time.
Think what is the best for you. If you want to pursue your singing career, you may.
As long as you know how to adjust your time with your studies. You can even do an online e-learning method with any local University.
I am pretty sure you can handle it well. My prayer goes with you
. Salam sayang Kak Diana 
tak sangka heliza ni taip semacam kebudak-budakan. guna words macam baju kuwung, peyot etc. terserlah keribenaan itu, tapi cute jugak. dan ada sense of humor yang bagus. aku tahu bila dorang tuduh heliza plastik itu adalah sangat tak benar. heliza nih personaliti dia berlapis-lapis macam kulit bawang total opposite dari plastik. the eyes is amazing. wow!
yep..heliza bkn plastik..like she said sikap dia ikut keadaan..anyway i alwiz known her as a happy go lucky type of person…which i like so much…luv u ija
….tak leh di terima betol la wartawan sendiri tak tau nak bezakan ums ngn unimas! main hentam jer!
…nie memang menimbulkan rasa tak puas hati plajar unimas n ums!……aiya…takkan tu pun tak tau kot?
…yurp…heliza bukan plastik…dia manusia….huahua…tak yah layan lah statement mengatakan heliza plastik….biar jer…hanya orang yang kenal heliza jer tau plastik ke tidak dia tue…
heliza xfake


pekjah yes..fakeR no.1
whoever yg die mention dkt rusia tu..sure ensem
hihi..anybody tau name die x?
kot2 aku knal ke
ischae…hang studi kat rusia ke?..ape lg cpt siasat mamat tuh..
smak:xler.tp mmbr aku rmai jer dkt sane amik medic
msti bdak tu junior mmbr aku
ischae, seorang agen CSI Russia..
oo..yeke..ape lg..suh member hang siasat..bile lg nk jd joyah..ngeh ngeh
ischae..hint 1..anak sorg doc di tawau..
adeh siyot

aku bkn agent memane ler
tp kne tau bdak tu study kt mane dlu
p/s:wan..ko tau x?
hint 2..pernah beljar kat kolej matriks labuan..ngeh ngeh
nnti aku tanye okey
skrg kt rusia tgh tdo tu
kn ade yg tsedak2 dlm mmpi
wah smak… ko lagi dasat jalankan tugas ejen…
Pehal ler korang,
Nak jd agen perisik lak..
Ija X mare ker?.
Anyway, cinta pertama ku sejak Frm-3 masih kekal sampai skarang.
Walau dia dak keje & aku msih blaja..Huuhu tkot nk cakap kang jadi lain lak
Ku takot BF aku minat kat Ija..jer
hehe..sj je nk tgk thp kejoyahan kite..hrp ija tk kisah..ischae dh jumpe lum…hensem tk?..kalu hensem meroyanla jejaka2 gersang itew..trutama houdini..ngeh ngeh
blom ler
apsal xtanye wan ajer
hihi
mmbr aku xbgn lg kot..huhu
kak heliza gitau le email yang betul apa….please..tension sgat nih
Email Heliza -> lizerdcun@yahoo.com
e-mail yg len-helizahelmi4@yahoo.com
xde ke sesape nk share apa yg depa tulih dlm berita harian psl heliza.. copy paste la kt kategori kratan akhbr ni.. yg citer heliza n ebi kt utusan aritu pn bole la tempek kt cni sama.. lg sape yek aritu sbut psl citer ija kt bacaria slalu kuar.. meh la kopipes kt cni.. kasi up sket paper cutting division kita ni.. wan n firdee.. mcmne, bole ye.. tq!
emm…sbnrnye mane ade org yg bersikap ‘plastik’…
setiap org mesti ade perangai die sendiri kan….huhu…
Eliza, Akak org baru di sini, baru nak join.Selepas mawi akak sukar meminati bintang reality. Tapi dari konsert 1 ebi & eliza ada daya tarikan sendiri, so mmg akak suka & afundi.So akak berharap Eliza akan jaga penampilan diri..
Eliza, Jangan sesekali buka tudung or pakai rambut palsu. Penampilan begitu akan menjatuhkan kamu, dik. Penampilan u sebegini sudah cukup ayu dan menarik. Kalu eliza kekal sebegini sure eliza bole kekal lama diminati. Percayalah….
klako tol bile gk gambo dlm paper nih
..ade ke ija yg cun melecun dmekap jd cenggitu!..
…xpatut..xpatut 
mane ade heliza hipokrit..
mentang2 die bertudung,,so,takleh nak ade sifat ceria2 sket..kawan2 aku berlambak perangai camtuh..
aku rase,,,dorang yg dok kutuk tu…bknnye pandai sgt..
Heliza punya personaliti tersendiri… wajar dicontohi.
Berbudibahasa dan hormat yg tua dan muda.
Trskn dgn personaliti sis ija y sdia ade..ignore wut people say..cume xske sgt r peshen sis ija,esp tudung pale dlm paper ari 2..xssuwei.cm topi laks..xsba nk tggu identiti b’tudung sis ija.mst rmai y akn ikot..
akak mmg org ganu asli ke??????? akak duk kg ane? dik duk kemaman……………….. ni no tel adik..klu ade mase ..akak call lah 0148082114………….layannnnnnnnn
akum n slamat ptg semua
akum kak heliza…. adik nie peminat kak heliza…
mcm mane kalau adik nk antar kad kpd kakak
akum kak heliza kak heliza chat ke????
6p00aimgd2uy0oe2