Keratan Akhbar -080407-


metro ahad:

Jarum Emas: Belum jadi artis, dah ada Fan Club

BUKAN satu dua, tetapi berpuluh Kelab Peminat ditubuhkan. Jika artis lama seperti Rosyam Nor mempunyai Kelab Peminat atau glamor disebut Fan Club, itu tidak menjadi hal.

Setidaknya dengan bersinarnya kelab itu, artis berkenaan boleh lebih mesra dengan peminat. Artis sendiri tidak dapat menidakkan betapa pentingnya peminat pada mereka.

Namun bagaimana pula jika belum menjadi artis? Dalam erti kata album pun ‘tarak’, nak berlakon filem pun masih terkial-kial cari peluang, dah berani tubuh Fan Club?

Semalam, pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Dafi atau Ghadafi Ismail Sabri muncul dengan Fan Club. Jumaat minggu lalu, Kelab Heliza AF ditubuhkan.

Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Hilmi mewakili Terengganu tetapi mengambil kira dia bermastautin di Sabah sejak kecil, kalangan masyarakat di kawasan itu mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Heliza AF di Bangunan Umno Kalabakan.

Penubuhan Kelab Heliza menunjukkan komitmen terbaik apabila ia disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ketua Umno Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad selain ibu bapa Heliza, Hilmi Hasbi dan Latifah Muhammad.

Untuk tempatkan diri di persada seni sememangnya menuntut kita bersaing sesama sendiri. Menilai sudut positif, ia sesuatu yang baik untuk seseorang memancing publisiti.

Cuma peliknya status Heliza atau Dafi belum lagi menjadi artis, mengapa terburu-buru menubuhkan Fan Club. Perlu sedar, arena showbiz kita, khususnya nyanyian, menuntut strategi bersistematik jika mahu mencipta kejayaan gemilang, bukan setakat strategi ikut-ikutan.

Dalam keadaan pasaran album yang bukan saja lembap, bahkan semput terus hingga album mahu cecah 5,000 unit pun ‘sakit’, saya mahu melihat sejauh mana presiden kelab artis ke, peserta program realiti ke dapat memastikan artis mereka dapat muncul dengan album.

Kalau tiada album, apakah langkah terbaik untuk presiden kelab begini merangka pelan lain supaya artis dinaunginya dapat terus bersaing, sekali gus menempatkan nama di persada seni tanah air. Janganlah nanti nama kelab saja gah, tetapi artis mengigit jari saja.

ADAM: Kerbau dipegang pada tali, manusia pada janji.



26 Responses to “Keratan Akhbar -080407-”

  1. ahk Says:
    Gravatar

    Itu pandangan wartawan Metro.. tidak semestinya artis blm popular ada fun club. Akademi Fantasia lain daripada lain… semuanya menuntut sokongan dan afundi. Melalui fun club, kita bekerja untuk merealisasikan menuju puncak sebg anak seni.

    Apa pun, Jarum Mas bersetuju dgn penubuhan Heliza FC, apa lagi melibatkan tokoh tertentu.

    Tetap aktif dalam HelizaFC dan Afundi Heliza 32999.
    Apa pandangan rakan-rakan lain?

  2. wenkt Says:
    Gravatar

    sebagai admin dafi fc, aku buat sebab aku nampak dafi akan berjaya nanti.. hehe

    sama la kes ko kan wahai firdee?

  3. elizasmartg Says:
    Gravatar

    huhu, jgn nak cetuskan pergaduhan kat sini ok… kalau stakat nak panas2 kan orang kat sini bole blah… kiteorang kewl jerk… kami orang yang tak mudah terpengaruh

  4. hazwan Says:
    Gravatar

    eliza..mrh kat sape ni??

  5. agy7500 Says:
    Gravatar

    Dulu Lain sekarang lain..Kelab Peminat Heliza… bermaksud tempat berkumpulnya..orang/individu yang meminati Heliza. Apabila adanya kelab seperti ini,ahli kelab akan dapat berkumpul atau berbincang untuk menyusun strategi masa depan Heliza. Misi yang pertama ialah memastikan Heliza menjuarai AF5. Bukan kerana Heliza itu sudah menjadi artis atau belum..dah namanya pun Kelab Peminat Heliza…bukan Kelab Peminat Artis…Kelab Peminat Heliza….Kalau Heliza tidak menjadi artis, tetapi menjadi guru,,kelab ini tetap bernama Kelab Peminat Heliza..

  6. agy7500 Says:
    Gravatar

    Apabila ada Kelab Peminat..barulah kita dapat mengukur kekuatan sokongan peminat kepada Heliza atau Dafi…

  7. elizasmartg Says:
    Gravatar

    marah kat dah fc lain tu… masuk sini nak wujudkan orang lain panas hati… better watchout

  8. dianashasha Says:
    Gravatar

    this is for those behind the FC. Keep up the good work. Semoga Berjaya Heliza.

  9. firdee Says:
    Gravatar

    sabar eliza…

  10. Budiey Says:
    Gravatar


    Sokong & suka dengan Heliza… sokmo-sokmo… sapa bilo-bilo laaa

  11. hazwan Says:
    Gravatar

    dianashah..so suwitt…tq..

    budiey..thanx for da support!

  12. wenkt Says:
    Gravatar

    alahai eliza, perlu ke cakap marah2 cam tu? even aku dgn firdee rapat, aku dgn hazwan pun saling PM… bukan nak cari gaduh pun… aku masuk sini, korang masuk sama.. saling share idea.. bukan nak bersaing, tp nak sama maju

  13. wenkt Says:
    Gravatar

    still tak faham kenapa eliza cakap cam tu.. ishh

  14. firdee Says:
    Gravatar

    eliza…sabar ek…kita kat sini bukan nak bertengkar…kalo boleh kita rapatkan persahabatan ngan fc² yg lain…wenkt ni membe blog saya…saya tau dia x maksud utk cari gaduh…kitorang pon ade pernah berbincang pasal fc memasing…just nak share idea dan bertukar2 pendapat…kita xkan dapat ape² pon kalo mcm ni…kalo heliza tgk pon mesti dia sedih…disebabkan dia ada pihak yg bermusuhan…

  15. firdee Says:
    Gravatar

    harap kita kat sini sama² berfikiran terbuka dan jangan cepat melatah dengan apa jua spekulasi mengenai heliza dan juga fc…kita hanya akan menunjukkan kelemahan diri kita jika kita cepat melatah…diam x bereti kita menyerah/berserah…

  16. hazwan Says:
    Gravatar

    ~peace everyone~

  17. wenkt Says:
    Gravatar

    peace again

    firdee, hang ni nama je member blog, tapi tak komen pun kat blog cek?

  18. Markiman Says:
    Gravatar

    wenkt, ko punya blog dah x blh tengok tv online ke? dah delete ker?

  19. ahk Says:
    Gravatar

    Peminat dan penyokong Heliza termasuk ahli HelizaFC… hati-hati dlm percakapan dan penulisan. Jgn bawa gaduh peminat dan penyokong pelajar lain.

    Kita sokong kerana kelebihan Heliza!!! Sokong agy7500

  20. akula wei Says:
    Gravatar

    bodoh je AF ni..merosakkan umat islam jerkk…

    memang bodohlaa…ngan orang2 umno sekali bodoh pegi rasmi la sokong la…

    ala bodohnyer pemimpin kita…

  21. hazwan Says:
    Gravatar

    ala bodohnye akula wei ni pegi baca bende2 mcm ni pastu siap pegi komen plak tu..bodonye..byk2 website politik, hal dunia ade kat sini gak nak bai komen..haila bodonye aklua wei ni..

    ops~

  22. Kak Jah Says:
    Gravatar

    korunk baca HM tak ari ni? Kelab peminat Dafi launch ada 30 org dtg, yg register online ada 50 org je… tp camne dia blh ada kat atas jek ni???? Rasa2nya member Heliza.com lagik ramai kan?

  23. hazwan Says:
    Gravatar

    yg dtg [elancrn kat tawau tu pun dah 150 kak..

  24. ahk Says:
    Gravatar

    Peminat dan penyokong tak kira di mana u all berada…
    Afundi Heliza.. 14 April 2007

  25. ahk Says:
    Gravatar

    Persembahan Heliza malam ni mantap. 21 April 2007.
    Undi terus undi.

  26. almenOn Says:
    Gravatar

    ???

Leave a Reply