Petikan Harian Metro 300307


Peminat Sabah rai Heliza AF
Oleh Hadi Karim

BUAT julung kali kalangan peminat dan penyokong pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Hilmi atau lebih dikenali Heliza dijemput menghadiri majlis pelancaran Kelab Heliza AF di Bangunan Umno Kalabakan, petang ini.

Setiausaha kelab, A Malik Mat, berkata pelancaran kelab itu akan disempurnakan Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ketua Umno Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad.

Ibu bapa Heliza, Hilmi Hasbi dan Latifah Muhammad akan meluangkan masa beramah mesra dengan peminat dan penyokong Heliza.

A Malik berkata, penubuhan kelab itu sebagai langkah awal memberi sokongan padu kepada Heliza yang kini menetap di Tawau walaupun pelajar itu mewakili Terengganu.

Heliza dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau sejak berusia 13 tahun kerana bapanya bertugas di Balai Polis Bergusong, Sebatik,“ katanya.

Katanya, Heliza mengikuti ujian bakat Akademi Fantasia di Kota Kinabalu dan tawaran sebagai calon pelajar juga diadakan di Tawau.

Pelajar yang memiliki suara mirip Datuk Siti Nurhaliza adalah bakal guru yang menangguhkan pengajian tahun kedua dalam bidang pendidikan Biologi/Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Heliza pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Ursula, Tawau memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan.

Anak kedua daripada empat beradik itu berminat dalam bidang seni suara dan pernah menjayakan pelbagai program kemasyarakatan anjuran Umno Kalabakan.

Sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi

A Malik Mat, di talian 012-8190101.



21 Responses to “Petikan Harian Metro 300307”

  1. firdee Says:
    Gravatar

    akhirnya rasmi juga Heliza FC.

  2. Markiman Says:
    Gravatar

    Dahsyat..orang2 politik pun bersama dgn kelab heliza jugak.

  3. firdee Says:
    Gravatar

    tu le

  4. plokdoh Says:
    Gravatar

    tahniah di atas pelancaran heliza fc…gud luck!!!!!!!

  5. dianashasha Says:
    Gravatar

    For those in this club, May Allah swt bless you.

    Lifted by graceful confidence…
    Moved by practical drive
    Motivation’s the lively call…
    Reasons to proceed boldly in wealth
    Willing to confront the anticipated challenges…
    Energy’s the partner in pursuit
    The prize of glory tolerantly waits…
    For the enduring soul’s root
    Stimulated by the call to success…
    Focused gratification and preferred outcome
    Purposeful and insistent…
    The cause is worth the time’s sum
    Indeed the flow of predictable reality…
    Manifesting in efforts and confidence
    Excitement in productivity…
    Thrilled by steadfastness
    Justified in reasons…
    Fulfilling the goal
    Motivation’s the virtue…
    In creditable deeds of salvation true

    All the way from U.S.A

  6. hazwan Says:
    Gravatar

    jauh antar puisi diana..heh.thanx!

  7. dianashasha Says:
    Gravatar

    Hazwan, yang jauhnya kita terpisah kerana struktur geografi namun yang pasti hati sudah terpaut di Heliza FC kerana majunya teknologi terkini.

    All the best with your FC!

    Salam dari

  8. hafiz Says:
    Gravatar

    hohoho ingat aku sorang je dari , rupanya berduyun2 gak eh.

    dianashasha, ko mesti kat pennstate U ni kan? tak pon UPenn? tak pon MIT?

  9. Syad Says:
    Gravatar

    Syabas Heliza FC!
    Biase laa.. most FCs is backed up by politicians. Marsha punya dulu pun gitu. So was Velvet, kalau tak silap saya.

    http://helizahelmi.blogspot.com

  10. ahk Says:
    Gravatar

    Tahniah dan syabas Pelancaran Heliza FC di Tawau. Hebat dan meriah. Kesungguhan ajk pelaksana Heliza FC terbukti mantap. Peminat dan penyokong pulang dengan t-shirt berpotret Heliza.Majlis pelancaran sangat berjaya.Tertarik juga kpd Setiausaha Kelab, orangnya hensem… AFUNDI HELIZA

  11. hazwan Says:
    Gravatar

    puji diri sendiri cikgu hadi?hik

  12. firdee Says:
    Gravatar

    yang jauh x dapat pi smlm x dpt ke baju cikgu hadi???

  13. dianashasha Says:
    Gravatar

    Hafiz, U.S.A is so big. Dalam 50 states, I ada di salah satu state tapi hati dan jiwa.. off course Malaysia!

    Go girl! Go Heliza!

  14. ahk Says:
    Gravatar

    Nama Hazwan dlm ingatan saya.. wpun belum berjumpa. Banyak maklumat diperolehi dpd bapa Heliza. Yang penting kita sama2 menjayakan matlamat Heliza menuju puncak dan mencapai impiannya. Amacam… ok?

  15. ahk Says:
    Gravatar

    Hazwan, t-shirt habis hari pelancaran… kita buat lagi nanti. Give full support

  16. ahk Says:
    Gravatar

    Bila datang Tawau?

  17. hazwan Says:
    Gravatar

    ye btol cikge!sapot die! tawau?erk~ i’allah kalo ade pelunag bersama2 dgn yg lain yg bangunkam web ni..

    cikgu jgn lupa tau jasa reef n firdee dan paan..mereka ni penting ni lagi2 kepada saya..

  18. ahk Says:
    Gravatar

    terima kasih pada kalian(hazwan,reef& fidee dan paan) Jasa dan budi kalian tetap dikenang…

  19. agy7500 Says:
    Gravatar

    Halo…jgn lupa teruskan AFUNDI HELIZA..

  20. agy7500 Says:
    Gravatar

    Sertai saya serang Chat@15 dgn kete berhias…

  21. agy7500 Says:
    Gravatar

    Macam pernha jumpa Dianashaha??Di mana ye????

Leave a Reply