Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Ija harap semuanya sihat la hendak nya k..
If tak sihat.. cepat2 jumpa DR tau..
Lama jugak x update entri ni.. dekat 2 minggu kan..
Sorry sgt2 tau. Koz ada banyak perkara yang perlu diuruskan..
Tapi ija still lagi mengikuti komen2 anda semua.. jangan risau
Dan ija nak ucapkan terima kasih banyak2 kerana anda semua tak putus2 menyokong ija.. dan alhamdulillah sampai sekarang ni, masih lagi yang bercakap mengenai SYURGA CINTA tu.. thanx ya..
Sepanjang 2 minggu x update entri.. banyak perkara juga yang berlaku selain daripada proses pnp..
Pada 11.7.2009(hari sabtu) ija dan beberapa lagi orang cikgu membawa pelajar2 ke teluk likas sempena Alam sekitar.. aktiviti yang dijalankan.. mengambil PH air laut,mengutip sampah sarap di sekitar kawasan teluk likas.. Apa pun ija nak ucapkan tahniah buat guru2 dan pelajar2 kerana memberi komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti ini di jalankan.. sambil2 aktiviti di jalankan.. aktiviti bergambar tak terlepas la yer.. ni ija selitkan beberapa gambar untuk tontonan anda semua.. cewah..
Sepanjang minggu lalu.. jadual ija agak pack sebenarnya.. selain daripada mengajar.. ija juga terlibat dalam minggu kemanusiaan .. ija mengurus bahagian ”PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU”.. start dari membuat poster, pendaftaran dan menjadi juri.. terima kasih buat Cikgu Hajar kerana banyak membantu.. dan juga kepada pelajar syukria kerana menjadi pengacara secara mengejut tanpa di rancang..
Wahhhhh!!! Pelajar2 sekolah Men P Likas ni sangat berbakat bukan sahaja dalam mencipta lagu.. malah mempunyai suara yang sangat bagus..
Memang gamat juga la acara hari tu.. sangat seronok..
Ada kumpulan yang menghantar 12 orang ahli bagi pertandingan ini diiringi dengan petikan gitar, ada juga yang mempersembahkan secara solo, ada yang duet dan ada yang triplet.. ha..
Penulisan lirik lagu, melodi dan persembahan pelajar2 ni bagus.. dan harus di beri pujian..
Ija sempat naik pentas dan memberi sedikit komen (cewah.. skit jer.. yang lelain macam nak buat konsert plak..) hehehek.. time ija nak naik pentas.. tiba2 seluruh kawasan acara tu gamatttt kerana???
”CIKGU!CIKGU!CIKGU!CIKGU!CIKGU~”
Mereka sebulat tiga segi empat segi sura menjerit2 cikgu2 cikgu cikgu..
Mereka minta ija nyanyi .. hahahha! Adeh.. ija jadi juri..xkan la ija nyanyi..
Tapi oleh kerana begitu dasat sekali dorang bersorak.. tanpa menghampakan mereka semua.. ija pun nyanyi lah serangkap lagu.. ok la tu kan.. 
Selain daripada itu.. ija dan ustazah Salmah terlibat sama di dalam pertandingan puisi sajak peringkat negeri.. sekolah ija menghantar dua team.. harus di puji semangat kental pelajar2 ini.. biarpun sibuk dengan sesi persekolahan dengan peperiksaan yang tak lama lagi.. tapi dorang bgitu komited dengan apa yang mereka ceburi.. hari ahad pun turun sekolah tau.. termasuk lah diriku dan ustazah Salmah.. huhu.. sajak2 mereka ni mereka yang cipta sendiri.. power x? Peweet…! hehehe..
Tiba lah masa yang dinantikan.. hari selasa yang lalu adalah hari pertandingan sajak ni yang diadakan di dewan MUIS.. KK..
Ija,Ustazah Salmah dan Ustaz Norzam mengiringi pelajar2 ini..
Jangan taktahu, kawan2 dorang juga turun pandang untuk memberi sokongan padu tau..
Dasat2.. cikgu kagum ngan anda semua..
Ye la.. lepas sekolah dorang datang juga ke dewan muis untuk menyaksikan sendiri pertandingan puisi ini dan memberi sokongan pada kawan2 mereka.. ha.. bukan senang tu kita nak luangkan masa dan tenaga untuk support kawan2 kan.. so.. apa jadi lepas tu?
Ehek..
Tak silap ija.. sebanyak 17 team yang bertanding.. semuanya hebat2 !
Pergh,, kat situ membuka mata ija.. yang sedia terbuka ni.. hek..
Teror giler pelajar2 ni.. begitu kreatif dan menjiwai sungguh..
Tabik2!
Di pendekkan cerita..
Masa yang ditunggu2..
Jeng2.. masa untuk mengumumkan pemenangnya..
Rasa2nya.. sape menang?
Cepat teka?!!
Dah teka..? jawapan nye!!!!
Ija lah yang menanggggggggggggggggggggggggg!!
Hurey2! Hehehe.. rasa nak gie je atas pentas tu.. peform satu dua lagu.. lame nor i tak nyanyi.. undangan nyer ada.. tapi kat semenanjung.. tapi hari plak tak sesuai.. koz i terlibat dengan sekolah.. so kita pokes yang mana lebih pokes yer…
Alhamdulillah..
Dua2 team yang kami hantar, dua2 menang! Syukur..
Satu dapat JOHAN.. satu lagi dapat tempat Keempat..!
Tahniah tahniah dan tahniah..Usaha eskeletor kejayaan!
Ha.. jadi cikgu harap.. atas pencapaian anda semua ni dapat mendorong anda semua untuk terus melonjak ke hadapan..
Skiranya kemenangan itu tidak menjadi milik anda.. tidak mengapa.. kerana apa yang anda lakukan sekarang adalah anda memperoleh suatu benda yang lebih berharga dari KEMENANGAN.. iaitu ILMU.. betul?
Ija sebenornya ada show kat sibu sarawak hari sabtu lepas.. siap kena naik bot 1 setengah jam lagi untuk sampai ke destinasi.. Cuma masalahnya.. ija hanya boleh balik pada hari isnin.. jadi oleh kerana itu.. tidak dapatlah kiranya diriku menjoinkan show tu yer.. InsyaAllah next time..
Oh yer.. ija dah di observe 3 kali dari guru pembimbing dan sekali dari lecturer.. so far.. alhamdulillah.. tapi biasalah.. kami budak baru belajar.. so memang banyak lagi yang kena belajar.. namun…
Di sini ija ingin ucapkan terima kasih yang amatttt sanga buat guru pembimbing, lecturer, guru-guru lain, kerani, staf2 sekolah dan juga pelajar2 yang memberi kerjasama tunjuk ajar tanpa berbelah darab..!
Buat pelajar2, macam tu la.. pokes bila cikgu mengajar2.. sebab setiap apa yang di utarakan oleh guru-guru anda adalah bermakna yer.. kalau guru-guru anda begitu bersemangat mengajar anda semua.. kenapa tidak anda? Kerana anda sebenarnya yang akan meraih kejayaan.. tapi sesungguhnya kejayaan untuk takkan datang belogek logek.(bergolek2).. walau hebat mana pun orang yang mengajar anda.. tapi kalau anda sendiri tak mahu menjadikan diri anda itu HEBAT.. umpama mencurahkan air di daun teh.. ha.. ok.
Sabtu baru2 ni.. sekolah ija adalah buat hari koperasi.. wah! Macam2 makanan ada di sini!!!
Waaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh dakuuuu suka! Punya banyak makanan ija beli.. yang kena paksa beli pun ada gak.. biasalah.. student2 ni .. kalau ija jual pun ija paksa gak cikgu beli.. hehehe..
Tapi itu la.. oleh disebab kan hari itu la.. ija dah naik sekilogram tau x! Adeh.. camne…ni!!! apa yang harus ku lakukan!
Mesti kena juin SLIM WORLD ni.. ehek..!pp ija dah temokkkkkkkkkk!! Ahahha.. lame plak tak sebut perkataan tuh..
Oh yer..
Ija nak kongsi cerita sikit dengan anda semua..
Hari sabtu yanggggg.. yang bila tah.. sebab rasanya setiap sabtu ada je program ija ni.. 
Ija dengan cikgu Alizah dan Cikgu Joyce membawa pelajar2 tingkatan 5 untuk pergi melawat ke suatu tempat SRI PRITCHARD.. tau ke ape kah itu?
Ha.. SRI PRITCHARD ni adalah tempat orang2 tua tinggal..
Kami pergi satu bas..mula2 excited bangat.. yelah dah lama giler tak naik bus.!! Best2.. mula2 mata fresh kon jer.. yelah.. perasaan curious tu ada.. tapi bila balik.. mata tuh jadi dark kon.. heheheh..
Ok sambung balik celita ni..
Perjalanan ambil masa 40 minit kot.. (heheh short term plak)..
Bila sampai kat sana.. acara yang tidak dapat dipisahkan adalah acara bergambar..
Student2 siap bawa kamera yang macam kameraman punya.. dasat betul student2 skang.. yer.. so kami2 ni la bergambar dulu..
Hurm.. if ada pelajar2 baca blog cikgu ni.. leh x cikgu nak gambar2 yang ada dalam kamera korang? Ha.. hari tu kata nak bagi.. ni mesti kes lupa ni.. so cikgu di sini bertindak untuk mengingatkan anda semua untuk submit gambar2 itu kepada cikgu.. ha.. dengan iringan ucapan Terima Kasih..
Lepas acara bergambar tukami pun diberi taklimat.. kemudian kami mula mengorak langkah ..
Alangkah pilu dan sendunya hati bila melihat warga emas ini..
Ada segelintir pelajar2 tak sanggup lagi melihatnya.. kerana begitu pilu sekali..
Berjujuran air mata pelajar2 ini.. tapi tidaklah mereka menangis di depan warga emas..
Ija?
Semestinya sayuuuuuu sangat2 melihat mereka.. namun, kita datang bukan untuk menangisi.. tetapi memberi keceriaan bagi nenek2 dan datuk2 ni..
Orang pertama ija jumpa x silap dah 90 tahun.. wah muka nenek2 ni memang cun.. tak bekedut sangat.. apakah rahsianya nek?
Eiseh.. apa lagi.. acara ku bermula.. bertemu dengan nenek itu.. berseloroh sentiasa.. seakan telah kenal lama.. nasip la nenek tu paham ape yang ija loyar buruk tu.. hek.. ija kan suka ngusik orang gak.. tapi best la.. nenek memang sporting..! lepas kami meneruskan perjalanan kami ni(wah.. macam jauh benor nyer kan)..
Lepas melawat nenek2.. kami lawat datuk2..
Time tu ija teringa arwah datuk ija.. sebab ada di antara datuk2 di sana macam datuk ija..
Tok.. moga tok dicucuri rahmat olehNya.. amin.. marilah kita beramai2 sedekahkan al-fatihah buat Nabi Muhammad s.a.w dan mereka yang telah meninggal dunia..
Amin..
Lepas tu.. tiba2 ija di panggil beramai2 oleh student ija..
Student:”Cikgu2..cikgu.. datang sini.. ada gambar cikgu di sini..!”
Cikgu Ija:”aik.. biar betik.. takkan lah atok2 simpan gambar ija plak..”
Ehehe.. tanpa membuang ”time”.. ija pun pergi lah ke bilik.. yang di katakan anda gambar ija tu..
Wahhh!! Memang betul!!! Ada gambar ija la!!
Tapi bukan gambar ija je..banyak lagi gambar orang lain..
Ija rasa ija panggil uncle la.. sebab belum sampai lagi title Atok ..
Memang kreatif betul la uncle ni.. bilik dia penuh dengan gambar .. kemas plak tu.. kreatif sungguh..!
Dulu dia kerja jadi security kat ums.. lepas tu dia ada sakit.. kaki dia kena potong.. so dia tinggal di rumah orang tua tu.. sempat kami bergambar dengan uncle tu..
Dan uncle tu siap mintak otograp lagi dan ucapan.. bukan ija je.. student2 pun kena bagi uncle tu wish.. heheh
Kami teruskan langkahan kami.. tiba2 kaki ija terhenti di suatu pintu bilik ni.. rasa nak sangat jumpa nenek ni..
Ketika itu nenek ni sedang duduk di kerusi..
Dengan berbaju kebarung, warna hijau, berkain batik dan beranak tudung.. sambil memakan sirih.. ija menghampirinya..
Ija:Assalamualaikum nek.. selamat pagi..
Nenek rupiah: Waalaikumusalam.. pagi.. sekejap ya cu..
Ija: pelik.. ke mana plak nenek ni nak pergi
Nenek rupiah: aku ada nak bagi sesuatu kat kamu.. nanti bila aku pergi.. ada juga lah kenangan dari aku..
Ija: uik.. baru 2 saat jumpa.. dah nak bagi cenderamata kenang-kenangan..
Waktu tu sebahagian student bersama ija.. termasuklah cikgu joyce.. yang lain2 melawat warga emas yang lain..
Nenek mengeluarkan satu tudung berwarna kuning.. waktu tu.. Ya Allah.. tuhan saja yang tahu perasaan ku ni.. ija rasa bukan ija je yang rasa.. tapi student2 lain pun turut merasakan sesuatu..
Sambil nenek mencari satu plastik untuk meletakkan tudung kuning itu..
Nenek rupiah: ini tudung aku bagi sama kamu.. aku ndak pakai sangat warna begini..
Ija: nenek…nenek.. susah2 jak nenek ni ba..apapun terima kasih sangat ya nek..habis tu nenek suka warna apa?
Nenek Rupiah: nenek suka warna putih..
Ija: ya nek? insyaAllah jika ada kesempatan nanti.. saya bawakan nenek tudung putih ya nek.. InsyaAllah.. Nek.. saya tiada apa mau bagi ni.. isk..
Ija membelek2 beg ija.. ada lotion body shop!! Ha.. best gak bagi ni..
Sambil memegang tangan nenek.. ija sapu lotion tu pada tangan nenek..
Ija: nenek.. wangi x nenek?
Nenek: ya.. wangi.. kaki ku sakit.. ba.. dak boleh jalan sangat..
Lotion itu di jadikan sapuan untuk mengurut kaki dan lutut nenek..
Best gak urut kaki nenek ni.. comel.. hehe..
Ija: nama nenek siapa?
Nenek: rupiah
Ija: Umur nenek?
Nenek:100 tahun
Ya Allah.. 100 tahun.. tapi masih kiut lagi nenek ni.. moga nenek ni sihat sejahtera hendak nya.. kami semua sayang atok dan nenek
Rasa sebak nak meninggalkan nenek ..
Masa telah tiba, kami terpaksa pulang..
Tapi ada beberapa orang pelajar masih lagi berbual dengan dua orang nenek.. ija dan joyce mendekati mereka..
Ija: wah rancak bercerita..
Student: best cikguuuu!! Nenek ni cerita zaman perang belanda, jepun n many more!
Time tu memang nenek tengah bercerita..
Memang agak lama gak lah nenek tu cerita.. macam2 cerita zaman dahulu kala dia cerita .. namun kami semua kesuntukan masa.. dan kami terpaksa juga pergi. Tapi tak tahu bagaimana nak bagitahu nenek tu.. sbab nenek sedang seronok sangat bercerita..
Nenek yang satu lagi cakap..
Aku dah banyak kali sudah dengar cerita ni..
Ehhehe…
lawak juga la nenek2 ni..
Umur dorang sekitar 90 tahun..
Bila kami nak berundur.. ija say Bye Bye la dekat nenek ni..
Tau x ape dia balas????
BYE BEBEH!!!
Mak aihhhhhhhhhhhhhhh!! BYE BEBEH dia cakap!! Kami pun terketawa tengok keletah nenek2 ni.. geram.. comel cgt la nenek n atok2 ni..
Ija: Bye bebeh! Harap dapat jumpe lagi..
Kami menaiki bas dengan seribu satu pekara yang terpikir di benak pikiran kami..
Lepas tu.. sesi melawat warga zoo! Heheh..
Sambil melawat sambil makan..
Rasa nya sampai sini dulu la ya..
Sebab skolah ija ngah xm.. so ija kena jaga pelajar xm ni..
Kalau dulu ija yang mengambil xm ..sekarang ija menjaga xm.. heheh..
Muah..
Assalamualaikum semua..